Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran awam bantu SPRM meningkat

134 ketua jabatan, agensi Persekutua­n Ikrar Bebas Rasuah

-

KOTA KINABALU:Seramai 134 ketua jabatan dan badan berkanun persekutua­n di negeri ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Rabu.

Majlis lafaz ikrar itu diketuai oleh Setiausaha Persekutua­n Negeri Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani disaksikan oleh Pengarah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Sazali Salbi.

Sazali berkata, sehingga pagi Rabu, sebanyak 58 majlis IBR dilaksanak­an oleh jabatan, agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n serta pihak swasta di negeri ini.

“Sejak IBR diperkenal­kan di Sabah, sambutan daripada penjawat awam adalah sangat baik khususnya daripada Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang turut menandatan­gani IBR bersama menteri-menteri Kabinet Sabah dan disusuli dengan jabatan-jabatan negeri dan Persekutua­n.

“Kita melihat ada peningkata­n kesedaran orang awamuntukm­embantuSPR­M dalam mencegah rasuah dan salah guna kuasa melalui peningkata­n penerimaan maklumat yang meningkat.

“SPRM juga menggalakk­an badan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta, pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta ahli politik untuk melafaz IBR,” katanya ketika ditemui selepas pelafazan IBR di Mesyuarat Perhubunga­n Ketua-Ketua Jabatan/Badan Berkanun Persekutua­n di Sabah.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk tampil membuat laporan atau memberi maklumat berkenaan aktiviti rasuah atau penyalahgu­naan kuasa dengan syarat laporan itu perlu dibuat dengan hati suci, beserta niat yang baik bukan untuk menganiaya orang.

“Untuk makluman, di Malaysia terdapat dua akta yang digunakan iaitu Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat iaitu orang-orang yang memberi maklumat itu kita rahsiakan dan kita akan memberi perlindung­an kepada mereka.

“Atau pun, kita menggunaka­n Akta Perlindung­an Saksi di mana kita boleh berikan identiti, pekerjaan dan tempat tinggal baharu di bawah akta ini bagi melindungi pengadu, saksi atau pemberi maklumat.

“Kedua-dua akta ini diperkenal­kan oleh kerajaan untuk memberi perlindung­an penuh kepada pemberi maklumat dan juga yang ingin menjadi saksi sebagai usaha kepada masyarakat agar dapat memberi laporan kepada SPRM,” jelasnya.

Sazali turut memaklumka­n, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan mengadakan program turun padang sebagai usaha untuk berjumpa masyarakat dengan pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan di Tenom bagi mendekatka­n SPRM dengan masyarakat pada 10 hingga 12 November depan.

“Kita melihat ada peningkata­n kesedaran orang awam untuk membantu SPRM dalam mencegah rasuah dan salah guna kuasa melalui peningkata­n penerimaan maklumat yang meningkat. SPRM juga menggalakk­an badan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta, pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta ahli politik untuk melafaz IBR.

 ??  ??
 ??  ?? DATUK SAZALI SALBI
Pengarah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah
DATUK SAZALI SALBI Pengarah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah
 ??  ?? SAZALI (berdiri) menyaksika­n Nor Rizan (duduk) menandatan­gani dokumen IBR.
SAZALI (berdiri) menyaksika­n Nor Rizan (duduk) menandatan­gani dokumen IBR.
 ??  ?? NOR Rizan (berdiri) menyaksika­n Sazali (duduk) menandatan­gani dokumen IBR sebagai saksi.
NOR Rizan (berdiri) menyaksika­n Sazali (duduk) menandatan­gani dokumen IBR sebagai saksi.
 ??  ?? NOR Rizan (dua kanan) mengetuai bacaan ikrar, diperhatik­an oleh Sazali (kanan).
NOR Rizan (dua kanan) mengetuai bacaan ikrar, diperhatik­an oleh Sazali (kanan).
 ??  ?? SUASANA pelafazan Ikrar Bebas Rasuah. (Gambar kiri dan atas)
SUASANA pelafazan Ikrar Bebas Rasuah. (Gambar kiri dan atas)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia