Utusan Borneo (Sabah)

LHDN adakan program Ujian Pengungsia­n Kebakaran dan Kecemasan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Keningau mengadakan Ujian Pengungsia­n Kebakaran dan Kecemasan kepada kakitangan­nya, di sini pada Selasa.

Program yang diadakan sekitar jam 10 pagi itu melibatkan pengurusan LHDN, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Keningau dan pemilik bangunan.

Pengarah LHDN Cawangan Keningau Mohd Shariz Ramli memberitah­u ujian seumpama itu diadakan buat kali kedua di mana kali pertama diadakan pada 2014.

“Tujuan program adalah bagi memastikan pelan tindakan kebakaran dan kecemasan yang dirancang berjalan lancar selain merekodkan masa tindak balas yang diambil oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Hospital Keningau,” katanya.

Selain itu, melalui ujian itu juga pihak LHDN dapat merekodkan masa tindak balas oleh kakitangan lembaga itu terhadap kecemasan serta mengujiper­alatanpenc­egahan dan pengawalan kebakaran yang sedia ada.

Menurut beliau, yang penting adalah sebagai panduan umum apabila berlaku kebakaran dan kecemasan sebenar dalam pejabat.

Pada program itu, kakitangan LHDN telah mengosongk­an bangunan pejabat selepas sahaja siren kecemasan dibunyikan dan berkumpul dalam satu kawasan yang selamat.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dimaklumka­n tiba dengan satu jentera dan 20 anggota yang diketuai oleh seorang pegawai, Jaree Mohammad yang kemudian melakukan kerja memadam ‘kebakaran’ di dalam pejabat.

Pihak anggota jabatan juga memberikan bantuan kecemasan dan menyelamat kepada salah seorang kakitangan yang terperangk­ap dengan membawa keluar dari bangunan itu menggunaka­n usungan.

Sementara, pihak polis yang turut terlibat dalam ujian itu mengawal lalulintas dan pihak Hospital Keningau bersedia dengan perkhidmat­an ambulan sebagai langkah awal memberikan pertolonga­n kecemasan kepada mereka yang terlibat.

Sempena program itu juga, turut diadakan demonstras­i memadamkan kebakaran menggunaka­n alat pemadam api oleh para pegawai dan kakitangan LHDN di luar kawasan pejabat itu.

 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang anggota bomba memberikan penerangan berhubung penggunaan alat pemadam api.
SALAH seorang anggota bomba memberikan penerangan berhubung penggunaan alat pemadam api.
 ??  ?? KAKITANGAN LHDN berkumpul di kawasan yang selamat selepas keluar dari bangunan pejabat.
KAKITANGAN LHDN berkumpul di kawasan yang selamat selepas keluar dari bangunan pejabat.
 ??  ?? KAKITANGAN mendapat khidmat pertolonga­n cemas daripada anggota bomba.
KAKITANGAN mendapat khidmat pertolonga­n cemas daripada anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia