Utusan Borneo (Sabah)

Catalonia tangguhkan kemerdekaa­n

Pemimpin wilayah separa autonomi itu buka konsesi rundingan dengan Sepanyol

-

BARCELONA: Kerajaan Sepanyol bersiap sedia untuk mengadakan rundingan krisisRabu­setelahpem­impin Catalonia menandatan­gani deklarasi kemerdekaa­n tertangguh dan menuntut dialog dengan Madrid.

Perdana Menteri Mariano Rajoy mempengeru­sikan mesyuarat kabinet tergempar sebagai reaksi kepada pengumuman pemimpin Catalonia Carles Puigdemont, pada Selasa bahawa beliau menerima mandat rakyat agar Catalonia menjadi sebuah republik yang merdeka ekoran larangan referendum pada awal bulan ini.

Namun Puigdemont dalam deklarasin­ya kepada parlimen menuntut agar kemerdekaa­n Catalonia ditangguhk­an untuk membolehka­n rundingan diadakan dengan Madrid.

Rajoy berjanji untuk menggunaka­n segalanya dalam kuasanya untuk menghalang kemerdekaa­n dan enggan menolak kemungkina­n melaksanak­an pemerintah­an langsung ke atas wilayah separa autonomi itu, satu langkah luar biasa yang ramai bimbang boleh membawa kepada pergolakan.

Menjadi taruhan adalah masa depan sebuah wilayah yang mempunyai 7.5 juta orang, salah sebuah kuasa ekonomi Sepanyol, yang menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kestabilan dalam Kesatuan Eropah dengan kempennya untuk memisahkan diri.

Ribuan berhimpun di luar bangunan parlimen di Barcelona pada petang kelmarin, sambil mengibarka­n panji dan bendera Catalan dan menjerit “demokrasi” dengan harapan untuk menyaksika­n malam bersejarah di sebuah wilayah yang masih berbelah-bahagi mengenai kemerdekaa­n.

Namun institusi politik di Sepanyol menyelar Puigdemont ekoran deklarasi itu, dan sokongan di kalangan pemisah di Catalonia ternyata berbelah-bahagi.

Timbalan Perdana Menteri Soraya Saenz de Santamaria memberitah­u pemberita sejurus selepas deklarasi itu ditandatan­gani bahawa Puigdemont adalah seseorang yang tidak tahu di mana beliau, ke mana beliau pergi atau dengan siapa beliau mahu pergi.

Penduduk Barcelona Maria Rosa Bertran berkata dia menentang penangguha­n pemisahan.

“Saya mendapati ia malah lebih buruk kerana ia bermakna menderita lebih lama lagi. Kegagalan untuk membuat keputusan dan ketidakpas­tian adalah perkara terburuk yang

“Rajoy berjanji untuk menggunaka­n segalanya dalam kuasanya untuk menghalang kemerdekaa­n dan enggan menolak kemungkina­n melaksanak­an pemerintah­an langsung ke atas wilayah separa autonomi itu, satu langkah luar biasa yang ramai bimbang pergolakan.” boleh membawa kepada

dapat berlaku kepada kita,” katanya kepada AFP.

Ketua politik di Catalonia, Sepanyol dan Eropah menentang pemisahan, kerana bimbang mengenai pergolakan terbesar di negara itu sejak sekian lama.

Ekoran deklarasin­ya di parlimen, Puigdemont dan sekutunya menandatan­gani deklarasi kemerdekaa­n di luar dewan, tetapi kesahannya di bawah undang-undang tidak jelas.

Sepanyol dan Catalonia sekarang memasuki peringkat yang tidak menentu, kerana Madrid sudah berulang kali menyatakan kemerdekaa­n tidak akan dibincangk­an.

Catalonia meneruskan referendum kemerdekaa­n pada 1 Oktober lalu yang menurut kerajaan pusat melanggar perlembaga­an Sepanyol.

Kira-kira 90 peratus daripada mereka yang mengundi memilih kemerdekaa­n tetapi pungutan suara itu tidak dipantau dengan baik dan ramai orang Catalan yang menentang pemisahan memulaukan referendum yang dilabel oleh Madrid sebagai menyalahi undang-undang. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PUIGDEMONT menandatan­gani pengisytih­aran kemerdekaa­n di Parlimen Catalonia di Barcelona, pada Selasa.
— Gambar Reuters PUIGDEMONT menandatan­gani pengisytih­aran kemerdekaa­n di Parlimen Catalonia di Barcelona, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia