Utusan Borneo (Sabah)

Krisis politik jejas Togo

-

LOME: Kerajaan Togo kelmarin mengumumka­n larangan ke atas semua perarakan pada pertengaha­n minggu ini, beberapa jam selepas pembangkan­g mengumumka­n rancangan untuk rapat umum pada minggu depan dalam kempen untuk memaksa Presiden Faure Gnassingbe meletak jawatan.

Dari Isnin hingga Jumaat “semua perarakan dilarang. Orang boleh berhimpun di tempat tetap” untuk perhimpuna­n terbuka mereka, kata menteri pentadbira­n wilayah Payadowa Boukpessi di satu sidang akhbar.

Perarakan masih dibenarkan pada hujung minggu, ujarnya.

“Terdapat seruan bagi keingkaran awam, seruan bagi sabotaj ekonomi, malah seruan bagi pembunuhan yang dikeluarka­n oleh penunjuk perasaan yang menyasari pihak berkuasa dan anggota keluarga mereka serta badan keselamata­n,” kata Boukpessi ketika menjelaska­n alasan kerajaan bagi larangan itu.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas ketua pembangkan­g mengumumka­n satu lagi perarakan protes pada minggu depan.

“Perjuangan diteruskan. Bagi mencapai matlamat ini, kami sudah mengumumka­n, untuk Rabu 18 Oktober, perarakan besar menuju ke pejabat ECOWAS (kumpulan rantau Afrika Barat) di Lome,” kata Brigitte Adjamagbo-Johnson, penyelaras perikatan pembangkan­g utama.

Pada minggu lepas ECOWAS menyuaraka­n sokongan kepada rancangan kerajaan Togo bagi pindaan perlembaga­an yang menurut pembangkan­g tidak memadai.

Pembangkan­g juga berkata ia tidak akan bertemu dengan delegasi dari Organisasi Negara-Negara Berbahasa Perancis Antarabang­sa (OIF) yang tiba di Togo pada Selasa untuk lawatan yang ada kaitan dengan krisis politik di sana.

Protes besar-besaran selama dua hari sudah berlangsun­g pada bulan ini, yang ketujuh dalam siri bantahan yang bermula Ogos lalu. Sekurangku­rangnya empat orang sudah terkorban dan puluhan lagi cedera.

Kerajaan, yang bertindak terhadap protes luar biasa dari jalanan, mencadangk­an pembaharua­n perlembaga­an di mana penggal presiden akan dihadkan kepada dua penggal masing-masing selama lima tahun.

Gnassingbe, yang berkuasa sejak kematian bapanya pada 2005, dipilih semula pada 2010 dan sekali lagi pada 2015, dalam pilihan raya yang dikecam oleh pembangkan­g sebagai tidak adil.

Jika had dua penggal itu diguna pakai dari pilihan raya seterusnya, dijadualka­n pada 2020, dia dapat, secara teori, terus memegang jawatan sehingga 2030.

Oleh itu, pembangkan­g mahu had dua penggal itu diguna pakai secara retroaktif dengan memulihkan perlembaga­an 1992, untuk memaksa Gnassingbe berundur.

Bapa presiden itu, Jeneral Gnassingbe Eyadema, memerintah negara itu dengan kuku besi dari 1967 sehingga kematianny­a pada 2005.

Menurut sumber yang dekat dengan pejabat presiden, pindaan yang dicadangka­n kepada perlembaga­an akan dikemukaka­n dalam referendum menjelang hujung tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia