Utusan Borneo (Sabah)

Wasiat SMS sahih: Hakim

-

SYDNEY: Teks pesanan ringkas (SMS) yang tidak dihantar seorang lelaki yang sudah mati yang meninggalk­an rumah serta pencennya kepada adik lelakinya, bukan isteri dan anak lelaki, diputuskan sebagai wasiat yang sah oleh mahkamah di Australia.

Draf SMS itu dijumpai dalam telefonnya selepas dia membunuh diri pada Oktober 2016 pada usia 55 tahun.

“Sifat teks itu yang tidak formal tidak bermakna ia tidak memadai untuk menggambar­kan niat si mati,” kata Hakim Susan Brown di Mahkamah Agung Brisbane.

SMS itu menceritak­an rasa terkilan lelaki itu terhadap isterinya.

“Adik dan (anak saudara lelaki) simpan semua yang saya miliki, rumah dan anuiti, letak abu saya di taman belakang.. isteri akan bawa barang dia sahaja, dia ok, sudah kembali kepada bekas teman lelakinya SEKALI LAGI, saya tewas,” ia menyebut.

Pesanan itu memberi butiran akaun bank lelaki itu dan diakhiri dengan kata-kata ‘Wasiat saya’, diikuti emoji senyum.

Balu lelaki itu berkata, SMS itu tidak dapat diterima sebagai wasiat kerana tidak pernah dihantar, tetapi mahkamah pada Isnin lepas mendapati kata-kata dalam SMS itu menunjukka­n hasratnya.

Mahkamah menjelaska­n bahawa si mati tiada hubungan mesra dengan anak lelakinya manakala hubungan dengan isterinya pula goyah, meskipun pernah menikmati detik bahagia.

Di sebalik keputusan tersebut, hakim mendapati balu lelaki terbabit boleh membuat permohonan selanjutny­a bagi estet itu di bawah undang-undang keluarga. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia