Utusan Borneo (Sabah)

California terjejas kebakaran hutan maut

-

MONTERREY: Pasukan keselamata­n Mexico menggunaka­n kekerasan berdarah kelmarin untuk mematahkan rusuhan penjara dalam pertelingk­ahan yang mengorbank­an sekurangku­rangnya 13 banduan, kata pihak berkuasa.

Pergolakan di penjara Cadereyta di negeri timur laut Nuevo Leon meletus pada waktu pagi dan berjaya dipatahkan.

Tetapi ia berlaku lagi kemudian apabila banduan memulakan kebakaran yang menyebabka­n kepulan asap hitam tebal yang kelihatan dari jauh.

Seorang banduan mati dalam kebakaran itu. Banduan kemudian menahan tiga pengawal sebagai tebusan, dan apabila rundingan dengan mereka gagal mencapai kemajuan, pasukan keselamata­n telah dihantar masuk, kata Aldo Fasci, seorang jurucakap bagi kerajaan Nuevo Leon, kepada pemberita.

Polis menyerbu penjara dan banduan melontar bantu dan memukul mereka dengan batang besi, ujar Fasci.

Penggunaan kekerasan tidak berdarah ternyata tidak memadai apabila kira-kira 250 banduan bertempur dengan pasukan keselamata­n.

Pada sebelah petang, “kekerasan berdarah digunakan untuk mencegah pembunuhan tiga pengawal terbabit dan setakat ini 13 orang maut”, kata Fasci.

Seramai 26 lagi cedera.

Cadereyta terletak di pinggir Monterrey, bandar raya ketiga terbesar di Mexico.

Penjara Mexico sering digegarkan oleh rusuhan, pembunuhan dan pembolosan, terutamany­a penjara yang dikuasai geng dadah. Kebanyakan­nya penuh sesak.

Pada 2016, pergaduhan yang kejam antara genggeng yang bermusuhan mengorbank­an 49 orang di penjara Topo Chico, juga di Nuevo Leon. — AFP

 ??  ?? AHLI keluarga banduan menunggu berita mengenai nasib orang tersayang di luar penjara negeri Cadereyta di Cadereyta Jimenez, pinggir Monterrey kelmarin. — Gambar Reuters
AHLI keluarga banduan menunggu berita mengenai nasib orang tersayang di luar penjara negeri Cadereyta di Cadereyta Jimenez, pinggir Monterrey kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia