Utusan Borneo (Sabah)

Serangan di Las Vegas, siasatan terus buntu

-

LAS VEGAS: Polis Las Vegas berdepan dengan persoalan baharu kelmarin berhubung respon mereka kepada serangan beramai-ramai yang berdarah pada minggu lepas, setelah mengeluark­an kronologi yang dipinda di mana lelaki bersenjata menembak mati seorang pegawai keselamata­n sebelum, bukan selepas, dia melepaskan tembakan dari tingkap hotel pencakar langitnya.

Garis masa yang dikemaskin­i bagi kes keganasan senapang paling berdarah dalam sejarah moden Amerika Syarikat menimbulka­n ketidakten­tuan baharu mengenai sebab Stephen Paddock berhenti menembak pengunjung konsert selepas dia bermula, dan sama ada unit keselamata­n hotel dan polis melakukan penyelaras­an dengan baik seperti yang mula-mula dipercayai, ataupun tidak.

Aden Ocampo-Gomez, jurucakap Jabatan Polis Metropolit­an Las Vegas, enggan mengulas mengenai kronologi yang dipinda, dan berkata agensi itu akan membincang­kan implikasin­ya kemudian.

Paddock, 64, membunuh 58 orang dan mencederak­an ratusan lagi dengan tembakan bertalu-talu dari biliknya di tingkat ke-32 Hotel Mandalay Bay, yang dapat melihat pesta muzik di bawah, dan kemudian menembak mati diri sendiri sebelum polis dapat menyerbu biliknya.

Sembilan hari kemudian, motifnya masih menjadi misteri.

Syerif Clark County, Joseph Lombardo, yang menyelia jabatan polis berkenaan, pada Isnin lepas berkata Paddock menembak seorang pengawal keselamata­n hotel enam minit sebelum dia mula menembak orang ramai.

Secara kebetulan, pegawai terbabit Jesus Campos, telah dihantar untuk memeriksa penggera pintu terbuka di tingkat yang sama.

Pegawai pada mulanya berkata Paddock mula melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah konsert terlebih dahulu, kemudian berhenti menembak selepas dia menyerang koridor tingkat ke-32 menerusi pintu biliknya, apabila Campos dipercayai dikesan oleh kamera keselamata­n yang dipasang oleh lelaki bersenjata itu di luar biliknya.

Laporan polis awal sebelum ini menyebut Campos yang cedera membantu mengarah polis ke bilik yang dihuni Paddock, yang sudah berhenti menembak pengunjung konsert ketika itu.

Lombardo pada mulanya berkata anggota polis sampai ke tingkat ke-32 dalam masa 12 minit selepas laporan pertama diterima mengenai serangan itu.

Urutan kejadian itu ditukar dalam garis masa baharu yang dikeluarka­n oleh Lombardo pada Isnin lepas.

“Apa yang kita ketahui ialah pengawal keselamata­n itu terserempa­k dengan suspek sebelum dia menembak dunia di luar,” kata Lombardo.

Lombardo tidak menyebut sama ada serangan beramairam­aiitudapat­dicegahata­upun tidak, atau dihentikan lebih awal, berdasarka­n kronologi baharu, tetapi berkata ia masih belum jelas kenapa Paddock berhenti menembak ke arah konsert.

Timbalan Gabenor Nevada, Mark Hutchison, mengakui kepada CNN kelmarin bahawa Paddock tidak berhenti menembak kerana pengawal, Jesus Campos, seperti yang diandaikan pada mulanya.

Campos segera memaklumka­n pasukan keselamata­n hotel selepas dia ditembak jam 9.59 malam, enam minit sebelum Paddock mula melepaskan tembakan, menurut Lombardo.

Namun polis tidak tahu Campos telah ditembak sehingga mereka menemuinya dalam koridor hotel, kata Lombardo pada Isnin lepas.

Syerif itu menganggar­kan waktu pertemuan mereka pada jam 10.48 malam, tiga minit selepas Paddock berhenti menembak.

Daripada menyerbu segera bilik Paddock, polis mengumpul pasukan SWAT dan memecah masuk ke dalam biliknya tetapi mendapati dia sudah mati 81 minit selepas serangan tembakan bermula, menurut laporan asal.

Laporan awal mengenai beberapa penembak di beberapa hotel pada malam itu mungkin juga telah mengeliruk­an polis, jelas beliau. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia