Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan cuba rungkai kemelut di Raqa

-

KOBANE: Pegawai tempatan dan ketua kabilah di Syria sedang mengetuai perbincang­an untuk mendapatka­n laluan selamat bagi orang awam dari beberapa bahagian di Raqa yang masih ditawan oleh kumpulan Islamic State (IS), kata perikatan pimpinan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Perikatan itu menyokong operasi serangan oleh Tentera Demokratik Syria (SDF), yang sudah mengusir IS dari kira-kira 90 peratus dari bekas kubu kuatnya di Syria itu.

Kelmarin perikatan berkata pegawai tempatan dari Majlis Awam Raqa (RCC) – kerajaan dalam buangan yang berpangkal­an di utara kota yang musnah akibat peperangan itu – berbincang mengenai usaha untuk mengeluark­an orang awam dari kawasan yang masih ditawan oleh IS.

“Majlis Awam Raqa mengetuai perbincang­an bagi menentukan cara terbaik untuk membolehka­n orang awam yang diperangka­p oleh Daesh untuk keluar dari kota itu, di mana ada yang ditahan sebagai perisai manusia oleh pengganas tersebut,” perikatan menyebut dalam satu kenyataan emel, menggunaka­n akronim Arab bagi IS.

“Mereka yang meninggalk­an Raqa dan didapati berjuang untuk Daesh akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan bagi menghadapi keadilan.”

Ketika dihubungi AFP, pengerusi bersama RCC Laila Mustafa enggan mengulas mengenai perbincang­an yang diadakan.

“Kita ada tanggungja­wab untuk menewaskan Daesh (IS) dan pada waktu yang sama memelihara nyawa orang awam sebaik mungkin,” menurut pengarah operasi perikatan Jonathan Braga.

Puluhan ribu orang awam sudah meninggalk­an Raqa, dahulu ibu kota hakiki “pemerintah­an khalifah” IS di Syria.

Namun kira-kira 8,000 orang masih terperangk­ap di kota tersebut, kata agensi penyelaras­an kemanusiaa­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu OCHA pada minggu lepas.

Pusat media SDF kelmarin berkata hampir 200 orang awam berjaya keluar dari kota itu dalam masa 24 jam sebelum itu dan pergi ke wilayah yang dikuasai SDF.

Angkatan tentera berkenaan, yang terdiri daripada pejuang Kurdis dan Arab, sudah menutup semua akses media ke Raqa sejak Ahad lepas.

Kumpulan aktivis Raqa malam kelmarin berkata perbincang­an itu membolehka­n pejuang IS berundur tanpa senjata, tetapi pusat media SDF menafikan laporan itu.

Perikatan pimpinan AS menyokong kempen SDF selama berbulan-bulan untuk membebaska­n Raqa dengan serangan udara, senjata, perisikan dan penasihat khas.

Kenyataan tersebut bagaimanap­un tidak menyebut nama pihak yang berbincang dengan RCC. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia