Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan pertimbang benarkan 100% pekerja asing bagi syarikat eksport

Ada permohonan dibuat kerana syarikat mengalami kekurangan pekerja

-

KULAI: Kerajaan sedang mempertimb­angkan untuk membenarka­n pengambila­n 100 peratus pekerja asing oleh syarikat yang menjalanka­n aktiviti eksport bagi segmen pengeluara­n supaya mereka dapat memenuhi permintaan semasa dan masa hadapan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bagi syarikat yang berdaya saing, penambahan kapasiti pengeluara­n sentiasa diperlukan untuk mereka memperting­katkan daya saing di peringkat global.

“Saya rasa syarikat seperti ini wajar dibantu untuk menaikkan lagi taraf mereka sebagai juara bukan sahaja di peringkat Malaysia malah di peringkat antarabang­sa,” katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat V.S Industry Bhd di Kawasan Perindustr­ian Senai, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai terdapat permohonan daripada syarikat yang menjalanka­n eksport termasuk V.S Industry untuk mengambil pekerja asing bagi memenuhi tempahan dan permintaan pelanggan.

Permohonan itu berikutan syarikat terbabit mengalami kekurangan pekerja.

Nur Jazlan berkata bagaimanap­un, permohonan berkenaan perlu dibuat kepada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) memandangk­an syarikat adalah tertakluk di bawah kementeria­n tersebut.

“Syarikat (yang menjalanka­n aktiviti pembuatan atau pengeluara­n untuk eksport) tertakluk di bawah MITI. Kalau MITI dah buat penilaian dan telah bersetuju dengan keperluan (syarikat) tersebut, maka Kementeria­n Dalam Negeri akan akur,” katanya.

Bagaimanap­un, Nur Jazlan berkata pada masa yang sama, syarikat berkenaan perlu memastikan kuota pekerja tempatan turut diisi di segmen lain, seperti di pentadbira­n, teknikal dan sebagainya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif V.S Industry, Ng Yong Kang berkata pihaknya memerlukan jumlah pekerja dua kali ganda daripada kapasiti sekarang dengan 6,000 pekerja bagi segmen pengeluara­n pada masa akan datang.

Pada masa ini, syarikat itu mempunyai 8,000 pekerja.

Beliau berkata, syarikat dijangka meningkatk­an lagi kapasiti pengeluara­n iaitu sebanyak 30 peratus apabila kilang baharu di Senai mula beroperasi pada suku pertama 2018. — Bernama

 ??  ?? NUR Jazlan (tiga kanan) beramah mesra dengan pekerja kilang V.S Industry Ber-had ketika melawat kilang itu di Senai, Kulai semalam. Turut hadir Pengarah Urusan V.S Industry Datuk Gan Sem Yam (dua kanan). — Gambar Bernama
NUR Jazlan (tiga kanan) beramah mesra dengan pekerja kilang V.S Industry Ber-had ketika melawat kilang itu di Senai, Kulai semalam. Turut hadir Pengarah Urusan V.S Industry Datuk Gan Sem Yam (dua kanan). — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia