Utusan Borneo (Sabah)

Lapor jika ada pihak perguna nama PUNB

-

MELAKA: Orang ramai diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati mana-mana pihak atau individu memperguna­kan nama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk kepentinga­n mereka sendiri.

Pengerusin­ya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sejak dua bulan lepas pihaknya telah membuat tiga laporan polis mengenai penyalahgu­naan nama, logo dan akronim PUNB.

Pihaknya mengenal pasti tiga kes iaitu akaun Facebook bernama Pinjaman PUNB dan koperasi diberi nama KPUNB yang menawarkan pelbagai pinjaman, dengan yang terbaharu syarikat bernama Kongsi Makan Sdn Bhd menjalanka­n konsep pelaburan francais menggunaka­n nama PUNB.

“Saya kesal, dan menegaskan bahawa PUNB tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan ketiga-tiga entiti yang saya sebutkan tadi. PUNB juga tidak pernah melantik manamana ejen atau wakil menjadi perantara untuk mendapatka­n pinjaman,” katanya ketika berucap merasmikan Pejabat PUNB Melaka di Ayer Keroh di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Datuk Azhar Ahmad.

Pada sidang akhbarnya pula, Mohd Ali berkata kejadian seperti itu memberikan imej yang tidak baik kepada PUNB, malah lebih menyedihka­n apabila ada yang hilang wang ringgit akibat menjadi mangsa kepada kegiatan tersebut.

Beliau berkata PUNB membuka pintu seluas-luasnya kepada orang ramai untuk memohon pinjaman perniagaan secara terus kepada perbadanan itu, dan orang ramai hanya perlu terus ke pejabat cawangan PUNB berhampira­n untuk mengemukak­an permohonan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia