Utusan Borneo (Sabah)

KNM lulus kontrak UK EPCC kepada China Western Power Industrial

-

KUALA LUMPUR: KNM Group Bhd meluluskan kontrak kejurutera­an, perolehan, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) bernilai RM1.9 bilion di United Kingdom kepada China Western Power Industrial Co Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ir Lee Swee Eng berkata kontrak itu membabitka­n pembinaan loji kusas tenaga sisa 36 megawatt (MW) bersih dalam Projek Tenaga Hijau Peterborou­gh untuk tempoh 37 bulan mulai suku pertama tahun depan.

China Western Power Industrial juga akan membiayai kontrak EPCC.

Apabila Projek Tenaga Hijau Peterborou­gh siap dan beroperasi, ia akan menyumbang satu lagi aliran pendapatan jangka panjang kepada KNM,” kata Lee kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani EPCC di sini semalam.

Kontrak itu ditandatan­gani oleh Pengerusi KNM, Datuk Abdul Halim Mohyiddin dan Pengerusi China Power Industrial China, Renchao Li.

Lee berkata dalam tempoh tiga tahun, sumbangan pendapatan berulang kepada KNM akan meningkat dengan ketara kepada 70 peratus berbanding 15 hingga 20 peratus pada masa ini.

Beliau juga berkata ini merupakan sumbangan daripada fasa pertama Projek Tenaga Hijau Peterborou­gh, serta fasa kedua perniagaan bio-etanol Thailand, yang kini diperluask­an untuk menghasilk­an 500,000 liter sehari berbanding 200,000 liter yang sedia ada.

“Dalam tempoh lima tahun lepas, KNM telah membangun dan melaksanak­an strategi untuk menjana pendapatan berulang dan pertumbuha­n mampan dalam jangka panjang menerusi perniagaan tenaga boleh baharu, tenaga dan utiliti,” katanya.

Lee berkata walaupun KNM terus memperluas­kan aliran pendapatan berulang, syarikat itu terus menumpukan pada pendapatan kontrak yang menjadi perniagaan teras syarikat itu untuk jangka panjang.

Pada masa ini, nilai perolehan kontral KNM berjumlah kira-kira RM2.2 bilion, yang akan bertahan selama dua tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia