Utusan Borneo (Sabah)

RHB Research kekal saranan ‘beli’ ke atas Serba Dinamik

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute Sdn Bhd mengekalka­n saranan ‘beli’ terhadap Serba Dinamik Holdings Bhd selepas anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik Internatio­nal Ltd, menandatan­gani perjanjian usaha sama dengan Junaco (T) Ltd bagi membina dan mengendali­kan kilang Chlorine Skid Mounted Chlor-Alkali dengan kapasiti 45 tan metrik sehari di Tanzania.

Junaco Group merupakan syarikat Tanzania yang mengkhusus dalam penyelesai­an air.

Dalam nota penyelidik­annya hari ini, RHB Research berkata Serba Dinamik dijangka diberikan kontrak bagi kerja kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) untuk pembinaan kilang tersebut yang bernilai AS$69.8 juta (AS$1 = RM4.22).

“Selain daripada kontrak EPCC, syarikat juga akan dilantik sebagai pengendali operasi dan penyelengg­araan (O&M) kilang bagi tempoh 10 tahun serta tambahan lima tahun,” katanya.

Firma penyelidik­an itu berkata dengan kejayaan memperoleh EPCC, kontrak dalam tangan Serba Dinamik kini melonjak kepada RM5.2 bilion.

Setakat ini tahun ini, katanya, syarikat telah memperoleh kira-kira RM1.2 bilion nilai kontrak dalam segmen O&M dan EPCC.

“Kami kekal positif terhadap Serba Dinamik memandangk­an ia terus mendapatka­n kontrak-kontrak baru O&M dan EPCC.

“Perjanjian usaha sama baharu itu seiring dengan strategi Serba Dinamik dalam memperoleh pegangan dalam aset, mendapatka­n kontrak EPCC serta menjadi penyedia perkhidmat­an O&M,” kata RHB Research.

RHB Research mengekalka­n saranan ‘beli’ dan menyemak semula harga sasarannya bagi syarikat kepada RM3.10. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia