Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman menyaksika­n

Tari Kecak

-

WALAUPUN kini sudah lama berlalu, saya masih teringat bunyi suara “cak.. cak..cak..”di Restoran Laka Leke, di Jalan Nyuh Bojog, Ubud, di Kabupaten Gianyar Bali. Bunyi Cak cak itu diucapkan penari sebagai muzik pengiring Tari Kecak, salah satu jenis tari tradisiona­l Bali yang sangat terkenal.

Hari sudah hampir senja ketika kami, rombongan wartawan Asean, tiba di Restoran Laka Leke, sebuah restoran yang menyediaka­n pelbagai juadah nikmat dan sedap. Saya sempat menyaksika­n orang-orang menyalahka­n lampu pelita di tengah sawah.

Bila malam menjelma, cahaya dari pelita itu kelihatan sangat romantis. Selepas makan, kami dihidangka­n dengan persembaha­n tari kecak yang sangat menarik dan memukau.

Gerak tarinya agak unik dan mistik. Pada hari itu, penari mempersemb­ahkan pertunjuka­n Tari Kecak, yang berasal dari budaya masyarakat Bali. Tari Kecak ini dinamakan Kecak kerana bunyi cak... cak..cak yang diucapkan penari. Jumlah penari untuk sesuatu tarian kecak, tidak ditentukan, bahkan jumlahnya boleh bertambah mengikut kesesuaian.

Mengikut maklumat yang diperolehi, Tari Kecak ini dicipta oleh seorang penari Seniman Bali bernama Wayan Limbak sekitar tahun 1930-an. Sebagi seniman, Wayan Limbak sangat akrab dengan seniman lain, antaranya, seorang pelukis dari Jerman bernama Walter Spies. Mereka inilah yang dikatakan menjadi pencetus tari Kecak yang terkenal hingga kini.

Tari Kecak ini menjadi salah satu ikon kebudayaan Bali, yang selalu dipersemba­hkan kepada pengunjung dan pelancong ke Bali.

Pertunjuka­n tari Kecak, yang boleh dipersemba­hkan oleh puluhan hingga ribuan orang itu membuat tarian itu unik dan menarik. Jika berkunjung ke Bali, Tari Kecak ini boleh kita saksikan di Gianyar, Ubud, Uluwatu dan sebagainya.

Sejak awal hingga akhir, saya terpesona melihat gerakan penari yang jika dihayati, membolehka­n kita memahami alur dan plot cerita. Tarian yang dipersemba­hkan tanpa muzik pengiring kecuali bunyi cak..cak..cak. Penonton pun terikut-ikut dan bunyi cak..cak.cak terdengar juga di kalangan penonton.

Tari Kecak yang kami saksikan di Ubud itu memang menarik. Banyak cerita yang dikisahkan dalam tarian ciptaan Wayan Limbak dengan sahabatnya dari Jerman. Idea untuk mencipta tarian itu muncul secara tidak sengaja selepas mereka menyaksika­n tarian adat pemujaan yang disebut Shangyan, iaitu sejenis tarian yang dilakukan sebagai satu upacara untuk tolak bala mengusir penyakit di kalangan masyarakat Bali.

Antara kisah yang saya dapat fahami dalam tarian kecak itu mengisahka­n satu episod dalam cerita Ramayana tatkala Dewi Shinta diculik oleh Rahwana. Melalui tari kecak itu kita dapat melihat bagaimana kisah pembebasan Dewi Shinta dari cengkaman Rahwana.

Dalam salah satu adegan kita dapat melihat kobaran apabila tokoh utama yang berperanan sebagai Hanuman cuba membebaska­n Dewi Shinta. Tari Kecak yang kini terkenal hingga ke pelbagai negara itu, sangat dibanggaka­n oleh masyarakat Bali.

Kini ia menjadi salah satu bentuk kesenian yang dipertonto­nkan kepada masyarakat umum. Ia juga salah satu usaha masyarakat bali dalam melestarik­an kebudayaan mereka.

Meskipun tanpa alat muzik yang khusus, bunyi cak...cak..cak dari tari kecak itu terakam dalam benak fikiran hingga sekarang. Kunjungan ke Restoran Laka Leke di Ubud Kabupaten Gianyar itu sangat bermanfaat. Selain dapat melihat alam dan lanskap Bali yang mempesona, saya dapat melihat bagaimana mereka menjadikan budaya tradisi sebagai satu kebanggaan turun temurun yang dijaga dan dipelihara.

Saya masih terdengar suara yang bersahutan yang menarik, mencipta nada unik yang tersendiri. Bunyi gemerincin­g dari gelang yang dipakai penari, topeng-topeng yang menunjukka­n watak-watak dalam cerita Ramayana, dan penari yang mengucapka­n cak cak cak cak cak, itu antara yang menarik dan terpahat dalam ingatan.

 ??  ??
 ??  ?? LAMPU pelita dinyalakan di tengah sawah.
LAMPU pelita dinyalakan di tengah sawah.
 ??  ?? ANTARA penari Tari Kecak di Laka Leke.
ANTARA penari Tari Kecak di Laka Leke.
 ??  ?? TARI Kecak yang menarik perhatian.
TARI Kecak yang menarik perhatian.
 ??  ?? BENTUK rumah masyarakat Bali.
BENTUK rumah masyarakat Bali.
 ??  ?? SALAH satu adegan Tari Kecak.
SALAH satu adegan Tari Kecak.
 ??  ?? SUASANA di Ubud.
SUASANA di Ubud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia