Utusan Borneo (Sabah)

Mencari cinta Allah dalam drama bersiri ‘Dia Segala-galanya’ di TV1

-

SUDAH pasti setiap daripada kita mendambaka­n cinta Allah SWT. Cinta kepada Allah dan Rasul adalah setinggi-tinggi nilai cinta yang dimiliki manusia.

Antara cara untuk meningkat rasa cinta kita kepada Allah adalah dengan mengingati segala nikmat Allah kepada kita, mengenali Allah melalui sifat-sifat dan namanamaNy­a yang indah (al-husna) yang dapat kita baca di dalam al-Quran, dan menilai amalan-amalan kita selama ini.

Namun setakat manakah usaha kita untuk mencapai matlamat tersebut?

Menerusi drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Dia Segalagala­nya’ mulai hari ini (12 Oktober 2017), setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam di TV1 membawa penonton menghayati kisah kekeluarga­an dan percintaan yang mende-katkan diri kepada Tuhan.

Menampilka­n pelakon utama Dato’ Eizlan Yusuf, Uqasha Senrose, Arief Farhan, Talha Harith, dan Ezaty Abdullah, 13 episod ini membawa kisah Suraya merupakan anak angkat keluarga kaya.

Papa dan mama serta anak sulung keluarga ini menerimany­a dengan baik. Namun anak kedua keluarga ini, Fazrul tidak senang kehadiran Suraya sejak kecil lagi.

Apabila tamat pengajian, Angah masih tidak dapat menerima Suraya yang kini berusia 22 tahun. Tok ayah meminta papa agar menceritak­an kisah sebenar kepada Suraya tetapi papa enggan.

Leman berjumpa Zarina ketika Marina dalam perjalanan ke stesen bas untuk ke Kuala Lumpur. Suraya pengsan dan diselamatk­an oleh seorang wanita berpurdah bernama Sarah Jessica Abdullah.

Suraya dibenarkan pulang dari hospital namun dia perlu mendapatka­n penderma air tulang sumsum untuk mengubati penyakitny­a.

Suraya yang berada di hospital dan tidak balik rumah beberapa hari dan Fazrul tertanya-tanya ke manakah Suraya pergi.

Suraya merahsiaka­n penyakitny­a daripada semua orang termasuk keluargany­a. Dia juga enggan mendapatka­n rawatan kemoterapi dengan alasan mahu menduduki peperiksaa­n universiti beliau.

Untuk mengelakka­n keluarga mengetahui penyakitny­a, Suraya tinggal di asrama. Lalu bagaimanak­ah kesudahan hubungan Fazrul dan Suraya? Apakah rahsiayang disimpan oleh papa dan mama?

 ??  ?? WATAK UTAMA: Uqasha Senrose antara pelakon utama dalam drama ‘Dia Segalagala­nya’.
WATAK UTAMA: Uqasha Senrose antara pelakon utama dalam drama ‘Dia Segalagala­nya’.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia