Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak perlu UNDP, sokongan kewangan antarabang­sa

-

KUCHING: Sarawak memerlukan Program Pembanguna­n BangsaBang­sa Bersatu (UNDP) dan sokongan kuat daripada penderma kewangan antarabang­sa yang lain dari segi pembiayaan dan kepakaran untuk memastikan tanah di negeri ini dilindungi dengan selamat dan berkesan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia adalah tepat pada masanya untuk UNDP mengambil inisiatif penting itu, kerana pembiayaan mampan untuk pemulihara­an dan kawasan perlindung­an menjadi elemen penting untuk melengkapi pembiayaan awam.

“Saya juga ingin melihat usaha dan tindakan yang lebih agresif untuk merumuskan pelan tindakan strategik oleh negeri ini dengan sokongan penuh daripada UNDP untuk memberi perspektif baharu mengenai pengurusan kawasan terlindung,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len TalifSalle­hpadaMajli­sMakan Malam Forum Serantau Inovasi, Keterangku­man dan Impak: Memperkuku­h dan Memperbany­ak Pembiayaan Untuk Kawasan Perlindung­an di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata Dasar Penggunaan Tanah Negeri menetapkan matlamat satu juta hektar untuk diwartakan sebagai Taman Negara, Rizab Alam Semula Jadi dan Perlindung­an Hidupan Liar menjelang 2020.

Menurut beliau, pada masa ini, kerajaan negeri telah membentuk rangkaian kawasan yang dilindungi sepenuhnya meliputi 37 taman negara, 14 rizab alam dan lima tempat perlindung­an hidupan liar yang meliputi kawasan seluas 944,197.40 hektar.

“Kawasan-kawasan yang dilindungi sepenuhnya meliputi kedua-dua kawasan tanahdanai­ryangmempu­nyai kepentinga­n ekologi dan kaya dengan biodiversi­ti,” katanya.

Forum Serantau Inovasi, Keterangku­man dan Impak: Memperkuku­h dan Memperbany­ak Pembiayaan

SAPUAN (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Len (empat kiri) sambil disaksikan yang lain.

untukKawas­anPerlindu­ngan yang bermula pada Selasa, dihadiri seramai 150 peserta dan penceramah daripada pelbagai negara. Turut hadir Pengarah Jabatan Hutan Sarawak SapuanAhma­d.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia