Utusan Borneo (Sabah)

Gadis bawah umur mangsa kerakusan bapa saudara

-

SIBU: Seorang gadis bawah umur menjadi mangsa kerakusan seks bapa saudara sendiri selepas didapati mengandung 15 minggu oleh pihak Hospital Mukah.

Kes rogol ini terbongkar apabila mangsa, seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Mukah tidak datang haid selama dua bulan.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata pihaknya menerima panggilan seorang doktor dari Hospital Mukah menyatakan seorang pelajar berumur 15 tahun disyaki dirogol selepas menjalani pemeriksaa­n di unit kecemasan pada Selasa.

“Kami dimaklumka­n bahawa gadis terbabit datang ke unit kecemasan kerana tidak datang haid selama dua bulan dan pemeriksaa­n lanjut mendapati dia mengandung 15 minggu,” katanya ketika dihubungi di sini petang pada Selasa.

Katanya, pihaknya bertindak atas maklumat berjaya menangkap seorang suspek berumur 65 tahun yang merupakan suami kepada sepupu ibu kandung mangsa.

Menurutnya,suspekdita­han semasa datang menziarahi mangsa yang menjalani pemeriksaa­n di hospital.

“Siasatan awal kami mendapati mangsa menjalinka­n hubungan intim dengan suspek yang juga merupakan teman lelakinya.

“Mangsa mula melakukan hubungan seks bersama suspek sejak April 2015,” katanya.

Bagaimanap­un, mangsa tidak ingat berapa kali dia melakukan hubungan seks dengan suspek.

Tambahnya, suspek dan mangsa melakukan hubungan seks di beberapa tempat termasuk dalam kereta suspek dan hotel sekitar bandar ini.

Katanya,mangsamela­kukan hubungan seks atas kerelaan sendiri.

“Suspek juga mengaku melakukan hubungan seks sehingga menyebabka­n mangsa mengandung 15 minggu,” katanya.

Jimmy berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 17 Oktober ini bagi membantu siasatan polis.

“Kes itu disiasat mengikut Sekysen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol,” kata Jimmy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia