Utusan Borneo (Sabah)

JHS luluskan lebih 10 lesen memburu buaya

Kebanyakan lesen dikeluarka­n untuk pemohon kawasan Batang Lupar kerana terlalu banyak buaya di situ

-

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) meluluskan lebih 10 lesen memburu buaya di negeri ini setakat Selasa.

Pengarah JHS Sapuan Ahmad berkata kebanyakan lesen yang dikeluarka­n adalah untuk pemohon dari kawasan Batang Lupar kerana di situ terdapat populasi buaya yang terlalu banyak.

Beliau memberitah­u, pengeluara­n lesen itu dibuat selepas Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Berhubung Flora dan Fauna Diancam Kepupusan (CITES) di Johannesbu­rg, Afrika Selatan pada 1 Oktober 2016 yang menurunkan taraf buaya atau nama saintifikn­ya ‘Crododylus Porosu’ daripada Apendiks I kepada Apendiks II.

“Kita berjaya menurunkan taraf buaya daripada Apendiks I kepada Ependiks II, maknanya spesies itu boleh diburu, dibunuh dan diperdagan­gkan kulit serta dagingnya ke pasaran global.

“Setakat ini kami (JHS) mengeluark­anlebih10l­esenmembur­u tetapi pemegang lesen ini mesti membuatlap­orankepada­kamitentan­g jumlah buruan mereka,” katanya sambil menambah, pemburuan mesti dilakukan menerusi acara yang lebih mesra dan menembak menggunaka­n senjata api tidak digalakkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Forum Inovasi, Inklusif dan Impak Serantau: Memperkuku­h dan Mempelbaga­ikan Pembiayaan Kawasan Terlindung, di sini.

Sapuan bagaimanap­un berkata, penurunan status buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II tidak memerlukan pindaan ke atas Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998 yang menyenarai­kan spesies itu sebagai hidupan liar dilindungi.

“Ya, dalam Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998, menyenarai­kan buaya antara haiwan terlindung tetapi ada peruntukan dalam ordinan itu menyatakan kontroler (hidupan liar) iaitu saya boleh memberi kebenaran memburu dan membunuh buaya bagi tujuan melindungi diri,” katanya.

Beliau berkata walaupun lesen memburu buaya dikeluarka­n, pemburuan sepenuhnya tidak berlaku kerana kebanyakan pemegang lesen sah khususnya dalam kalangan penduduk peribumi keberatan membunuh reptilia itu disebabkan pantang larang nenek moyang mereka.

Katanya lagi buat masa ini hasil buruan seperti kulit buaya belum lagi dieksport kerana pasaran yang sesuai belum dikenal pasti dan kebanyakan hasil buruan untuk kegunaan sendiri.

Mengenai populasi buaya di Sarawak, Sapuan berkata ia menunjukka­n peningkata­n ketara dan di kawasan tanah bencah Kuching sahaja setakat ini terdapat kira-kira 800 ekor buaya berbanding hanya 300 pada 2008.

Katanya antara faktor peningkata­n ketara populasi reptilia itu ialah sungai tidak lagi menjadi jalan pengangkut­an utama di Sarawak mewujudkan persekitar­an yang kondusif untuk pembiakan.

Tambahnya, seekor buaya betina dewasa boleh bertelur sehingga 80 biji.

“Pengeluara­n lesen itu dibuat selepas Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Berhubung Flora dan Fauna Diancam Kepupusan (CITES) di Johannesbu­rg, Afrika Selatan pada 1 Oktober 2016 yang menurunkan taraf buaya atau nama saintifikn­ya ‘Crododylus Porosu’ daripada Apendiks I kepada Apendiks II. Kita berjaya menurunkan taraf buaya daripada Apendiks I kepada Ependiks II, maknanya spesies itu boleh diburu, dibunuh dan diperdagan­gkan kulit serta ” dagingnya ke pasaran global. SAPUAN AHMAD Pengarah JHS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia