Utusan Borneo (Sabah)

JTNHL Sarawak dijangka beroperasi selewat-lewatnya awal tahun depan

-

KUCHING: Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (JTNHL) Sarawak dijangka mula beroperasi selewatlew­atnya awal tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ketika ini beberapa aspek berkaitan penubuhan itu sedang diteliti dan ia di peringkat akhir.

“Jabatan ini akan beroperasi dalam waktu terdekat ini, diharap selewatlew­atnya awal tahun depan.

“Ia akan memfokus kepada cara pengurusan kawasan terlindung sepenuhnya iaitu taman negara, santuari hidupan liar dan rizab semula jadi yang lebih efisien dan efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan Forum Inovasi, Inklusif dan Impak Serantau: Memperkuku­h dan Mempelbaga­ikan Pembiayaan Kawasan Terlindung, di sini pada Selasa.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli berkata ketika ini sebahagian daripada taman negara, santuari hidupan liar serta rizab semula jadi di Sarawak diurus serta ditadbir Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan lain-lain.

“Dengan adanya jabatan ini nanti, saya percaya pengurusan kawasan terlindung ini akan lebih selaras dan fokus.

“Bagaimanap­un tidak bermakna pengurusan sebelum ini bermasalah, cuma kita hendak memastikan dari segi struktur dan melibatkan penambahan kakitangan. Secara prinsipnya semua sudah sedia, tetapi perlu diteliti sepenuhnya,” katanya.

Mengenai cadangan sebelum ini untuk meletakkan pengurusan taman negara di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Tengah berkata kementeria­n hanya terlibat dalam membuat dasar.

Ini kerana katanya, dari segi pengurusan dan pelaksanaa­n semua program akan dilakukan oleh Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar.

Sementara itu dalam ucapan perasmiann­ya Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an berkata setakat ini Sarawak telah mewartakan 37 taman negara, 14 rizab semula jadi dan lima santuari hidupan meliputi kawasan seluas lebih 944,000 hektar.

Sarawak katanya, berbangga dengan pencapaian itu namun pada masa sama menyedari banyak usaha sedang menanti untuk dilaksanak­an.

“Kerajaan sahaja tidak dapat melaksanak­annya dengan baik. Kita perlu inklusif, melibatkan semua masyarakat khususnya komuniti setempat untuk membolehka­n kita melihat impak yang baik hasil daripada kawasan-kawasan terlindung sepenuhnya (TPA) ini,” katanya.

 ??  ?? AWANG Tengah menerima cenderamat­a dalam bentuk buku daripada Priesner sebagai tanda penghargaa­n merasmikan Forum Inovasi, Inklusif dan Impak Serantau: Memperkuku­h dan Mempelbaga­ikan Pembiayaan Kawasan Terlindung.
AWANG Tengah menerima cenderamat­a dalam bentuk buku daripada Priesner sebagai tanda penghargaa­n merasmikan Forum Inovasi, Inklusif dan Impak Serantau: Memperkuku­h dan Mempelbaga­ikan Pembiayaan Kawasan Terlindung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia