Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Prasekolah Swasta serlah bakat kanak-kanak

-

LABUAN: Karnival Prasekolah Swasta 2017 Peringkat Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan telah diadakan buat julung kalinya di sini pada Ahad.

Karnival itu bertujuan memastikan 100 peratus prasekolah swasta di Wilayah Persekutua­n mempunyai permit pendaftara­n yang sah dengan Jabatan Pendidikan WP Labuan (JPWPL).

Selain itu, untuk memberikan peluang meningkatk­an dan melahirkan kanak-kanak yang berpotensi daripada pelbagai aspek perkembang­an serta pembelajar­an melalui pendedahan secara aktif dalam aktiviti yang menyeronok­kan.

Program anjuran Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah JPWPL dengan kerjasama Sekolah Antarabang­sa Labuan dan tadika-tadika swasta telah dirasmikan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Haji Isli.

Bersandark­an tema, ‘Anakku Genius, Permata Hatiku’, tadika-tadika telah menunjukka­n bakat yang ada pada setiap kanak-kanak yang berumur 4+ dan 5+ dalam pelbagai acara seperti bercerita dan membaca lancar dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Choral Speaking, tarian tradisiona­l dan moden.

Selain itu, gerai pameran 14 tadika yang berdaftar dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia juga disediakan untuk ibu bapa mengenali dan memilih tadika yang bersesuaia­n dengan kemahuan dan keperluan masing-masing.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPWPL Maimoon Haji Matnoh, Ketua Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Labuan Zaliha Mohd Salleh yang juga penyelaras program serta pengurus prasekolah swasta.

Sementara itu, Tadika Riang Ria muncul juara keseluruha­n dalam karnival itu.

 ??  ??
 ??  ?? (gambar atas) MURID dan guru Tadika Ayu Gemilang turut menyertai karnival prasekolah swasta.
(gambar kiri) RAISIN (depan, dua kanan) bersama Tadika Riang Ria yang muncul juara keseluruha­n karnival itu.
(gambar atas) MURID dan guru Tadika Ayu Gemilang turut menyertai karnival prasekolah swasta. (gambar kiri) RAISIN (depan, dua kanan) bersama Tadika Riang Ria yang muncul juara keseluruha­n karnival itu.
 ??  ?? ROZMAN (tiga kanan) merasmikan Karnival Prasekolah Swasta 2017. Turut kelihatan Raisin (dua kanan) dan Maimoon (kanan).
ROZMAN (tiga kanan) merasmikan Karnival Prasekolah Swasta 2017. Turut kelihatan Raisin (dua kanan) dan Maimoon (kanan).
 ??  ?? ROZMAN dan Raisin melawat gerai pameran di ruang legar Ujana Kewangan Labuan.
ROZMAN dan Raisin melawat gerai pameran di ruang legar Ujana Kewangan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia