Utusan Borneo (Sabah)

899 graduan Diploma Perubatan ILKKM terima skrol tamat pengajian

-

KOTA SAMARAHAN: Graduan Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) diminta melihat prospek pekerjaan mereka dalam industri perubatan dan kesihatan yang memerlukan perubahan berterusan dan lebih banyak kemahiran dalam menjalanka­n tugas.

Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Kementeria­n Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata sebagai seorang siswazah, mereka mempunyai tanggungja­wab untuk kembali kepada masyarakat sebaik sahaja diugaskan menyandang­jawatandib­awah Kementeria­n Kesihatan.

“Seseorang yang diberikan kedudukan itu, mempunyai tanggungja­wab untuk kembali kepada masyarakat dan menerapkan apa yang telah anda pelajari. Inilah waktunya untuk anda berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau bercakap pada Majlis Konvokesye­n ILKKM di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, pada Selasa.

Shafiq menegaskan lagi bahawa permintaan untuk kakitangan perubatan semakin meningkat dan selaras dengan permintaan itu adalah untuk menjadikan sektor penjagaan kesihatan lebih berkualiti dengan setiap kakitangan perubatan perlu mengemas kini diri mereka dengan kemahiran berkaitan.

“Kesan globalisas­i pada teknologi menuntut keperluan yang lebih besar untuk menaik taraf dan ia merupakan satu proses yang berterusan,” katanya.

Beliau mengingatk­an para graduan untuk melihat pesakit sebagai ahli keluarga mereka sendiri di samping sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti hidup kepada masyarakat.

Sebanyak 899 graduan daripada empat institusi ILKKM di seluruh Sarawak mendaftar dalam pelbagai program Diploma Perubatan menerima skrol tamat pengajian semalam.

Turut hadir Setiausaha Jabatan Pengurusan Latihan Kementeria­n Kesihatan Ellam Endin Nom.

 ??  ?? SHAFIQ (dua kanan) menyampaik­an skrol tamat pengajian kepada salah seorang siswazah sambil diperhatik­an Ellam (dua kiri) pada Selasa.
SHAFIQ (dua kanan) menyampaik­an skrol tamat pengajian kepada salah seorang siswazah sambil diperhatik­an Ellam (dua kiri) pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia