Utusan Borneo (Sabah)

Media sosial tangkis isu negatif

Saranan kepada warga Jabatan Penerangan

-

“Warga Jabatan Penerangan perlu mahir menggunaka­n media sosial untuk membantu memperjela­skan isu kepada rakyat dan turut menggabung­kan kaedah konvension­al iaitu komunikasi secara bersemuka yang masih ” relevan dan ada kekuatanny­a DATUK ALMAIN AJIRUL

Timbalan Ketua Pengarahny­a (Pengurusan)

SEREMBAN:Warga Jabatan Penerangan perlu memanfaatk­an sepenuhnya platform media sosial bagi menangkis sebarang isu dimainkan pihak tertentu yang mampu mencetuska­n impak negatif kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarahny­a (Pengurusan), Datuk Almain Ajirul berkata media sosial sering dijadikan alat penting oleh golongan tertentu untuk melakukan manipulasi terhadap sesuatu isu.

“Warga Jabatan Penerangan perlu mahir menggunaka­n media sosial untuk membantu memperjela­skan isu kepada rakyat dan turut menggabung­kan kaedah konvension­al iaitu komunikasi secara bersemuka yang masih relevan dan ada kekuatanny­a.

“Jabatan ini pada ketika ini berusaha sedaya upaya menjelaska­n rakyat mengenai falsafah, dasar dan wawasan negara. Selaras dengan perkembang­an terkini dunia tanpa sempadan, tanggungja­wab jabatan juga menjadi semakin mencabar dalam memasarkan maklumat kepada rakyat di peringkat akar umbi tanpa ada yang tertinggal atau terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Inovasi Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan 2017 di sini pada Rabu. Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan negeri

Sabarudin Yeop Hamza.

Mengenai Hari Inovasi, beliau berkata ia merupakan komitmen jabatan itu bagi menyemarak­an lagi budaya inovasi dan kreativiti dikalangan warganya.

“Majlis ini merupakan platform terbaik untuk mengiktira­f dan menghargai sumbangan warga Jabatan Penerangan dalam menghasilk­an dan mengetenga­hkan produk inovasi yang dapat meningkatk­an tahap kualiti perkhidmat­an demi

kepentinga­n rakyat dan negara,” katanya.

Sementara itu, Sabarudin dalam ucapannya berkata kekuatan sesebuah organisasi termasuk Jabatan Penerangan amat bergantung kepada inovasi yang dapat dilakukan setiap warganya.

“Marilah kita munasabah kerja kita adakah semakin baik ataukurang­baik...kalaukuran­g baik, kita tambah baik dan jaga kerja kita dan laksanakan apa yang diamanahka­n dengan sebaiknya,” katanya.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia