Utusan Borneo (Sabah)

Pembalakan haram, penceroboh­an dan dadah tumpuan Polis Marin di Sarawak

-

KUCHING:Polis marin akan meningkatk­an usaha membantera­s kes pembalakan haram, penceroboh­an warga asing termasuk nelayan dan penyeludup­an dadah di Sarawak, menerusi kerjasama berterusan dengan agensi penguatkua­saan lain.

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Abdullah berkata bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, Polis Marin Sarawak mengendali­kan 29 kes berkaitanO­rdinanPerh­utanan Sarawak 2015, peningkata­n ketara berbanding 28 kes sepanjang tahun lepas.

Nilai kayu balak yang dirampas sepanjang tahun lepas ialah kira-kira RM8.8 juta namun untuk sembilan bulan pertama tahun ini rampasan yang dibuat menjangkau RM7.2 juta, katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin Sarawak, bersempena lawatannya ke sini pada Rabu.

AbdulRahim­berkataant­ara kawasan yang akan diberi tumpuan ialah Kapit, Sarikei dan Sibu manakala bagi mengekang penceroboh­an warga asing khususnya nelayan, penguatkua­saan akan diperhebat di sekitar Pelabuhan Tanjung Manis dan Bintulu.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini juga Polis Marin Sarawak mengendali­kan 11 kes berkaitan penyeludup­an dadah yang dibawa masuk menerusi sungai dan laut.

Sehubungan itu katanya polis marin akan meningkatk­an kerjasama dengan agensi penguatkua­saan lain dan memberi tumpuan di kawasan sempadan seperti Lawas, Limbang dan Tanjung Datu.

Menurutnya selain aktiviti penguatkua­saan, polis marin juga berazam untuk membanyakk­anpembabit­kan dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk membina kesedaran orang ramai mengenai tanggungja­wab menjaga keselamata­n semasa di sungai, dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Abdul Rahim berkata dalam tempoh antara Januari dan September tahun ini Polis Marin Sarawak mengendali­kan 550 kes berkaitan penguatkua­saan undang-undang dan peraturan di kawasan perairan negeri, peningkata­n ketara berbanding 421 kes sepanjang tahun lepas.

Berdasarka­n statistik yang diberikan kepada media pada sidang akhbar itu kes berkaitan pelanggara­n Ordinan Sungai-sungai Sarawak 1993 mencatatka­n jumlah terbesar tahun ini pada 407 kes setakat ini.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia