Utusan Borneo (Sabah)

Penyelidik, pemain industri digesa manfaatkan khidmat pakar pemindahan teknologi

-

KUALA LUMPUR: Penyelidik dan pemain industri digesa memanfaatk­an khidmat nasihatdan­kepakarand­aripada pakar-pakar pemindahan teknologi bagi meningkatk­an pencapaian pengkomers­ilan sesuatu produk.

Presiden Persatuan Pengurus-Pengurus Teknologi dan Inovasi (ITMA), Dr Samsilah Roslan berkata negara mempunyai banyak produk penyelidik­an untuk dikomersia­lkan, bagaimanap­un kerjasama daripada pihak terlibat adalah kurang.

“Kita sudah ada semua komponen (pemain industri, penyelidik, pemberi dana) bagaimanap­un masalahnya mereka tidak tahu untuk bekerjasam­a dalam mendapat manfaat daripada penghasila­n pemindahan teknologi itu.

“Sebab itulah kita wujudkan satu badan pakar pemindahan teknologi, ITMA yang boleh berkongsi mengenai bagaimana mereka boleh lakukan bersama berkaitan pengkomers­ilan, pembiayaan dana, usaha niaga teknologi dan proses inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis perasmian Seminar ‘The Malaysia Commercial­isation Year (MCY) @ National Innovation And Creative Economy (NICE) - Three Tracks to Tech Transfer’ di sini pada Rabu.

Seminar itu diadakan sempena NICE Expo 2017 bagi meningkatk­an pencapaian pengkomers­ilan dengan memberi penekanan kepada penglibata­n lebih bersepadu daripada setiap pihak yang terlibat.

Samsilah berkata sehingga kini negara mempunyai kira-kira 150 tenaga pakar pemindahan teknologi dan kebanyakan mereka aktif di universiti tempatan.

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah ketika ditemui selepas merasmikan seminar berharap forum tersebut dapat membantu pembanguna­n produk berkualiti melalui kewujudan jaringan kerjasama menyeluruh ke arah penerokaan pasaran yang lebih global.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia