Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan luar negara sengitkan saingan

Kejohanan Angkat Berat Jemputan Kebangsaan Terbuka Sabah 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah menjadi tuan rumah Kejohanan Angkat Berat Jemputan Kebangsaan Terbuka Sabah 2017 yang akan berlangsun­g di Kompleks Asia City dekat sini bermula 27 Nov hingga 1 Disember.

Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah (PABNS) Philip Gisan berkata, selain penyertaan 14 persatuan naungan Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM), pihak penganjur juga akan menjemput penyertaan antarabang­sa.

“PABNS bercadang untuk menjemput penyertaan dari negara Indonesia, Singapura, Negara Thai dan Filipina untuk menjadikan pertanding­an ini lebih berdaya saing.

“Kita berharap jemputan kita ini mendapat maklum balas yang baik,” jelas beliau semasa mengepalai rombongan PABNS mengadakan kunjungan hormat ke atas Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah; Datuk Masiung Banah di Wisma Muis, Sembulan pada Selasa.

“Kehadiran atlet-atlet dari luar negara sudah tentu menjadi kejohanan ini sebagai satu pertanding­an yang mampu memberi impak besar ke atas pembanguna­n kita di Malaysia, khususnya di Sabah.

“Ini juga membuka ruang untuk atlet-atlet tempatan menimba pengalaman dan mempersiap­kan diri untuk menghadapi kejohanan-kejohanan lebih besar di masamasa hadapan.

“Selain itu, persatuan ini juga akan menjadikan kejohanan ini sebagai landasan untuk menilai atlet muda Sabah berbakat yang boleh diserap ke dalam pasukan Projek Sukma untuk menghadapi Sukan Malaysia 2018 di Perak,” tambah Philip.

(enam dari kiri) dan Philip bersama rombongan PABNS semasa kunjungan hormat di Wisma Muis, Sembulan pada Selasa.

“PABNS bercadang untuk menjemput penyertaan dari negara Indonesia, Singapura, Negara Thai dan Filipina untuk menjadikan pertanding­an ini lebih berdaya saing. Kita berharap jemputan kita ini mendapat maklum ” balas yang baik.

PHILIP GISAN

Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah (PABNS)

 ??  ?? MASIUNG
MASIUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia