Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Golf TYT Goodwill and Friendship 21 Oktober

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Kejohanan Golf TYT Goodwill and Friendship akan diadakan di Padang Kelab Golf Tambunan (TNGC) pada 21 dan 24 Oktober.

Kejohanan itu akan bermula jam 7 pagi hingga 5 petang, kata Pegawai Daerah, Thomas Logijin di sini pada Rabu.

Beliau sebelum ini juga telah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pelaksanaa­n Kejohanan itu, di sini.

Katanya, kejohanan itu bermula pada 21 Oktober dengan sasaran penyertaan pemain terdiri daripada ahliahli TNGC dan pemain jemputan terbuka kepada semua pemain golf tetapi terhad kepada ‘first come first serve’.

“Keutamaan kepada pamain yang pernah bermain di TNGC manakala pada 24 Oktober bagi penyertaan daripada VVIP dan jemputan Khas,” katanya.

Thomas memberitah­u bahawa penyertaan daripada VVIP dan jemputan Khas adalah TYT Yang Dipertua Negeri sendiri, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, 17 Kelab Golf (34 pemain), Sabah Golf Associatio­n (empat pemain), kakitangan kerajaan (12 pamain) dan TNGC.

Katanya, majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang akan diadakan pada 24 Oktober jam 3.00 Petang di bangunan TNGC.

“Kejohanan ini adalah acara yang dimuatkan dalam kalendar Tahun Melawat Tambunan 2017 pada tahun ini,” kata beliau.

Menurut beliau, pihak penganjur juga menyediaka­n cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti televisyen dan mesin basuh sebagai hadiah utama di samping beras 10kg menanti para pemain yang menyertai kejohanan ini.

 ??  ?? THOMAS
THOMAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia