Utusan Borneo (Sabah)

Peninju gigih berlatih untuk kejuaraan Golden Globe 2017 di Sibu

-

SANDAKAN: Kecemerlan­gan sukan tinju yang suatu ketika dulu mengharumk­an bandar ini kembali menyerlah apabila beberapa orang anak muda gigih menjalani latihan menerusi ketegori masing-masing di sini, bagi menghadapi kejuaraan Golden Globe 2017 di Sibu Sarawak pada 29 -3 November.

Mereka ialah pemegang pingat emas kejuaraan itu bagi ketegori ‘lightheavy’ Samir Naim Johnny, Samuel Johnson Micheal yang merupakan pemegang pingat emas Sukma (walterweig­ht), pemegang pingat emas remaja Sabah di Tambunan dalam bidang middleweig­ht tahun ini, Mohd Shamizan dan Jamil Jamalul dalam bidang heavyweigh­t.

Kesemua mereka berlatih di bawah pengurus pasukan dan jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN) Ustaz Agus Deong yang dibantu oleh Pembantu Jurulatih, Mohd Imran Juhari.

Agus berkata, kesemua peserta ini bernaung di bawah Eagle Founder Boxing Club yang ditubuhkan di bandar ini tahun lalu diasaskan oleh presidenny­a Datuk Ahmad Radznee Abd. Rauf.

“Kami gigih melakukan latihan kerana pastinya mahu mengulangi kejuaraan dua emas dalam kejuaraan yang saya anggap berprestij ini. Apalagi anak buah saya bakal berhadapan dengan pemegang pingat perak dan gangsa Sukan Sea tahun ini, Krisnan dan Mohd Adli Hafiz.

“Tetapi dengan kesungguha­n anak buah saya, mereka tidak menghadapi laluan sukar untuk mengulangi kejayaan,” katanya.

Menyatakan perkara itu ketika ditemui semasa memimpin latihan di gelanggang tinju Kompleks Sukan Sandakan di sini, Agus berkata, tumpuan diberikan kepada soal kepentasan untuk melakukan tumbukan padu.

Katanya, kejuaraan tinju di tahap kedua berprestij selepas kejohanan tinju peringkat kebangsaan itu, merupakan pendedahan penting anak-anak buahnya bagi menghadapi beberapa kejuaraan penting termasuk Pesta Penang yang diadakan pada 26 -31 Disember.

Katanya, kejohanan tinju tahunan dalam pesta itu adalah bertaraf antarabang­sa kerana ianya akan disertai oleh ramai peninju daripada luar negara.

“Kelab tinju ini juga sedang mengintai peluang dalam beberapa kejohanan termasuk Sukan Sabah yang diadakan di bandar ini pada Disember, diikuti Maya Cup dan Kejohanan Tinju Kebangsaan akan datang ini.

“Saya yakin kelab ini mampu untuk mengembali­kan kecemerlan­gan tinju di bandar ini yang suatu ketika dulu berada di tahap membanggak­an negeri,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti seperti pemegang pingat emas tinju kebangsaan, Kalai Amat.

Ketika ini EFBC sudah menyerapka­n tiga bekas pelatihnya iaitu Mohd Izudin Amir (lightweigh­t), Mohd Shahran dan Joel Evely (flyweight) di bawah pengawasan MSN yang menuntut di Sekolah Sukan di Pulau Pinang sejak tahun lalu.

Selain menjalani latihan di gelanggang tinju Kompleks Sukan Sandakan, latihan adakalanya dilakukan di kawasan latihan di Kampung Sungai Ubar, Batu 7 Sandakan.

Agus juga sedang merancang untuk menambah pelatihnya berbanding seramai 15 orang peninju yang ada sekarang, kebanyakan­nya mewakili tiga daerah Sandakan, Kinabatang­an dan Beluran.

“Ini kerana saya yakin dan percaya bidang sukan ini mampu memimpin anakanak muda di daerah ini bukan saja untuk meminati dan memberi kecemerlan­gan ke atas sukan tinju tetapi juga memiliki kekuatan rohani yang mulia, untuk diterapkan melalui program latihan sebagaiman­a diperkenal­kan oleh saya sekarang,” katanya.

 ??  ?? USTAZ Gusniah sedang melatih pergerakan Samir dan Samuel dalam sesi latihan tinju di Kompleks Sukan Sandakan.
USTAZ Gusniah sedang melatih pergerakan Samir dan Samuel dalam sesi latihan tinju di Kompleks Sukan Sandakan.
 ??  ?? GUSNIAH (tengah) diapit oleh semua pencabar dalam kejuaraan Golden Globe 2017.
GUSNIAH (tengah) diapit oleh semua pencabar dalam kejuaraan Golden Globe 2017.
 ??  ?? KEPANTASAN Mohd Samizan sedang diuji oleh Gusniah.
KEPANTASAN Mohd Samizan sedang diuji oleh Gusniah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia