Utusan Borneo (Sabah)

Piala Dunia 2018: AS tersingkir buat kali pertama sejak 1986

-

COUVA, Trinidad dan Tobago: Amerika Syarikat (AS) tidak akan beraksi di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986 selepas dimalukan 1-2 kepada Trinidad dan Tobago di sini Selasa lepas.

Walaupun satu kempen kelayakan tidak konsisten, AS memulakan perlawanan di Stadium Ato Boldon dengan memerlukan satu kemenangan ke atas lawan yang berada di tangga tercorot kumpulan kelayakan terakhir Zon Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) untuk memburu kelayakan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Tetapi dua gol dalam separuh masa kedua, satu gol sendiri Omar Gonzalez pada minit ke-17 dan gol Alvin Jones 20 minit kemudian ternyata terlalu sukar untuk AS walaupun merapatkan kedudukan menerusi gol Christian Pulisic selepas rehat.

Sebaliknya, Panama, yang tewas 0-4 kepada AS minggu lepas, akan beraksi di Piala Dunia yang pertama mereka selepas menewaskan Costa Rica 2-1 sementara Honduras menewaskan Mexico 3-2 untuk memintas AS ke perlawanan playoff di mana mereka akan menentang Australia dari Zon Asia.

Ia sesuatu yang mengejutka­n buat

AS, yang sepatutnya membina semula skuad selepas melantik

Bruce Arena sebagai jurulatih tahun lepas ekoran pemecatan Jurgen Klinsmann.

Membayangk­an satu kebangkita­n sudah bermula, AS membelasah Panama 4-0 minggu lepas untuk memiliki kelebihan dua mata berbanding Panama dan Honduras menjelang perlawanan terakhir Selasa lepas.

Tetapi AS sekali lagi bermula dengan buruk dan menghadiah­kan gol pertama kepada Trinidad apabila Gonzalez tertolak bola ke pintu golnya sendiri.

Jones menambah kesukaran buat AS apabila melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk gol kedua pasukan tuan rumah.

AS cuba bangkit dalam separuh masa kedua dan peluang mereka kelihatan cerah apabila Pulisic merapatkan kedudukan pada minit ke-47 namun gol penyamaan, yang sekurang-kurangnya memastikan mereka ke playoff, gagal muncul sehingga ke wisel penamat dan memastikan AS tewas buat kali keempat dari 10 perlawanan dalam pusingan akhir kelayakan Zon CONCACAF. – Reuters

 ?? -Gambar AFP ?? PEMAIN Trinidad and Tobago’s Alvin Jones (dua kiri) bersama pasukan meraihkan selepas menjaringk­an gol ke atas Amerika Syarikat ketika kempem kelayakan Piala Dunia 2018 di Couva, Trinidad and Tobago.
-Gambar AFP PEMAIN Trinidad and Tobago’s Alvin Jones (dua kiri) bersama pasukan meraihkan selepas menjaringk­an gol ke atas Amerika Syarikat ketika kempem kelayakan Piala Dunia 2018 di Couva, Trinidad and Tobago.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia