Utusan Borneo (Sabah)

Saingan mula di Sipitang hari ini

Kejohanan Bola Sepak Antara Daerah Piala Ketua Menteri 2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Tirai saingan edisi kelima Kejohanan Bola Sepak Antara Daerah Piala Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman 2017 akan disingkap pertemuan antara Sipitang dan Kuala Penyu dari Kumpulan 3 petang ini.

Sepak mula perlawanan yang akan berlangsun­g di Kompleks Sukan Sipitang itu dijadualka­n pada jam 4.00 petang.

Turut bersaing dalam kumpulan itu adalah pasukan Beaufort.

Beaufort dijadualka­n menentang Kuala Penyu esok dan Sipitang pada 14 Oktober. Kesemua perlawanan berlangsun­g di Kompleks Sukan Sipitang dan sepak mula pada jam 4.00 petang.

Kejohanan itu melibatkan 26 pasukan daerah yang dibahagika­n kepada lapan kumpulan.

Kumpulan 1 terdiri daripada pasukan Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, Kumpulan 2 (Penampang, Papar, Putatan), Kumpulan 4 (Keningau, Tenom, Nabawan dan Tambunan), Kumpulan 5 (Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu), Kumpulan 6 (Ranau, Tongod,Telupid), Kumpulan 7 (Beluran, Sandakan, Kinabatang­an) dan Kumpulan 8 (Kudat, Pitas,Kota Marudu).

Kecuali saingan Kumpulan 3 yang bermula hari ini dan berakhir 14 Oktober, saingan Kumpulan 5, 6, 7 dan 8 akan berlangsun­g pada 13-15 Oktober manakala kumpulan 1,2 dan 4 berlangsun­g pada 20-22 Oktober.

Saingan peringkat kumpulan dijalankan secara liga satu pusingan bagi menentukan lapan pasukan layak ke pusingan akhir yang hanya diperuntuk­kan kepada juara kumpulan.

Pusingan akhir dijadualka­n diadakan di sini pada 1-5 November.

Sebagai rekod, edisi keempat kejohanan ini tahun lalu dijuarai Wilayah Persekutua­n Labuan yang bertanding se- bagai pasukan jemputan.

Labuan mengalahka­n Tawau 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas keduadua pasukan terikat dengan kedudukan seri 1-1 pada sepenuh masa permainan dan masa tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia