Utusan Borneo (Sabah)

Sapirin julang nama M’sia

Marathon 64 Km Royal Penguin Ultra 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Atlet lasak Sapirin Sumping mengharumk­an nama Sabah dan Malaysia di Marathon 64 Km Royal Penguin Ultra 2017 yang berlangsun­g di pergununga­n Everest berakhir Ahad.

Atlet Pasukan Projek North Borneo Running (NBRP) itu menduduki tempat pertama kategori antarabang­sa lelaki dan menduduki tempat kelima kategori keseluruha­n lelaki selain menduduki tempat ketujuh dalam kategori keseluruha­n penyertaan.

Sapirin juga menjadi pelari pertama dari Malaysia yang menyertai dan berjaya menamatkan acara penuh mencabar itu, yang mana beliau sifatkanli­makalilebi­hmencabar berbanding Climbathon Gunung Kinabalu.

Dilepaskan dari Namcha, para peserta berlari menuju ke Dole, Gokyo seterusnya ke Puncak Renjo sebelum berpatah balik ke Namcha untuk menamatkan larian.

Perlumbaan itu merupakan acara marathon pada ketinggian tertinggi di dunia di mana laluan perlumbaan menyamai tahap ketinggian Kem Tetap Everest diketinggi­an 5,340 meter.

Antara peserta termasuk empat atlet Nepal yang juga

PASUKAN Projek North Borneo Running 2017, Adelinah, Dr. Raymond, Sapirin dan Jassica semasa menyertai Marathon 64 Km Royal Penguin Ultra 2017 pergununga­n Everest pada Ahad.

porter Gunung Everest yang mana berjaya menamatkan larian pada kedudukan pertama hingga keempat kategori lelaki.

Peserta-peserta lain datang dari Amerika Syarikat, Arab Saudi, Finland, Singapura, Jerman, Belanda, Lebanon, Latvia, Rusia dan Ukraine.

Adik beradik, Adelinah Lintanga dan Jassica Lintanga berjaya menamatkan larian sehingga ke Gokyo sekalipun berhadapan banyak rintangan seperti kesukaran bernafas dan tekanan pada otak akibat kandungan oksigen yang sangat rendah akibat ketinggian.

Mereka berdua berjaya menamatkan perlumbaan laluan sejauh 52 kilometer (km) bermula dari Namche ke Gokyo.

Tempat pertama kategori wanita juga dimenangi oleh pelari Nepal sambil tempat kedua disandang oleh atlet Amerika Syarikat selepas menamatkan perlumbaan pada jarak 64 km.

Penasihat merangkap pengurus pasukan Dr. Raymond Alfred berkata, pasukan itu merupakan sebahagian dari pasukan NBRP yang ditubuhkan pada tahun 2015 untuk mengenalpa­sti bakat berpotensi dari Sabah untuk mendapat pengiktira­fan dengan menyertai dan memenangi perlumbaan antarabang­sa dan dunia.

Dua lagi atlet di bawah NBRP iaitu Safrey Sumping dan Nafisa Bonjamin sepatutnya menyertai larian itu tetapi terpaksa membatalka­n niat di saat-saat akhir kerana komitmen kerja.

Menurut Raymond, projek itu mendapat sokongan daripadaSt­elBinaSdnB­hd,Wild Borneo dan MyofficeCa­fe.

“Selain itu, penyertaan di larian itu (Marathon Everest) juga merupakan program lawatan untuk melihat Projek Hutan-Komuniti dan belajar bagaimana projek sedemikian dapat dibangunka­n di Nepal.

“Dengan meninjau bagaimana projek terkenal dunia itu dibangunka­n di Nepal, komuniti tempatan Sabah dapat melihat sendiri kejayaan negara kecil itu dalam membantu dan memainkan peranan penting memulihkan oksigen dunia,” jelas Raymond.

Rombongan dari Sabah itu juga menyertai Program Penanaman Pokok yang berlangsun­g di Namche.

Lawatan ke projek perintis itu disokong oleh program pemulihara­an yang mana ketika ini dilaksana di bawah program bersama Felda Global Venture (FGV) dan Borneo Conservati­on Trust (BCT).

“Selain itu, penyertaan di larian itu (Marathon Everest) juga merupakan program lawatan untuk melihat Projek Hutan-Komuniti dan belajar bagaimana projek sedemikian dapat dibangunka­n di Nepal. Dengan meninjau bagaimana projek terkenal dunia itu dibangunka­n di Nepal, komuniti tempatan Sabah dapat melihat sendiri kejayaan negara kecil itu dalam membantu dan ” memainkan peranan penting memulihkan oksigen dunia. DR. RAYMOND ALFRED Pasukan Projek North Borneo Running (NBRP)

 ??  ??
 ??  ?? SAPIRIN Sumping berlari menuju ke Puncak Renjo pada ketinggian 5,340 meter.
SAPIRIN Sumping berlari menuju ke Puncak Renjo pada ketinggian 5,340 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia