Utusan Borneo (Sabah)

Hatrik Messi kembalikan impian Argentina

-

QUITO, Ecuador: Lionel Messi menjaringk­an hatrik ketika Argentina mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 di Rusia dengan kemenangan 3-1 ke atas Ecuador di sini Selasa lepas.

Messi bersendiri­an menyelamat­kan harapan Argentina ke Piala Dunia ketika bangkit dari ketinggala­n sebelum menang di Quito.

Romario Ibarra menyentak keyakinan pemain Argentina apabila meletakkan Ecuador di hadapan selepas hanya 38 saat sepak mula tetapi Messi menjaringk­an dua gol dalam 20 minit pertama untuk memastikan Argentina mendahului 2-1 pada masa rehat sebelum melengkapk­an hatrik dalam separuh masa kedua.

Ia aksi cemerlang dari Messi, pada perlawanan paling penting untuk memadam segala kebimbanga­n di mana pasukan juara dunia dua kali itu mungkin gagal layak ke Rusia.

Argentina memulakan perlawanan dengan buruk apabila bolos sebelum satu minit perlawanan apabila Ecuador mengambil sepe- nuh kesempatan dari kealpaan benteng pertahanan Argentina.

Pemain pertahanan Argentina, Javier Mascherano, gagal menjangka hantaran jauh dari Dario Aimar, dengan bola sampai ke kami Romario Ibarra, yang berganding­an dengan Roberto Ordones sebelum melakukan rembatan ke pintu gol.

Ia adalah permulaan paling buruk buat Argentina, yang memulakan perlawanan dengan harapan memburu kemenangan pertama di Quito sejak 2001.

Buat seketika, Argentina bergelut mencari rentak permainan dengan Ecuador terus memburu gol kedua tetapi tidak lama selepas itu, Messi membuktika­n kehebatann­ya apabila menyempurn­akan umpanan Angel Di Maria pada minit ke-12 untuk mengikat kedudukan.

Lapan minit kemudian, Messi meletakkan Argentina di hadapan buat kali pertama dengan satu rembatan cantik.

Dua gol Messi mengembali­kan keyakinan Argentina, yang semakin yakin untuk mengawal permainan sehingga ke masa rehat.

Dalam separuh masa kedua, Argentina mengekalka­n rentak yang sama dan mematah serangan demi serangan Ecuador sebelum Messi melengkapk­an hatrik pada minit ke-62 untuk mengesahka­n kelayakan automatik Argentina ke Rusia. – AFP

 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia