Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan peruntukan PPRT bukti komitmen kerajaan

- Menyaksika­n pengundian memilih kontraktor projek PPRT.

TENOM: Kenaikan peruntukan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM68 ribu untuk sebuah rumah pada tahun ini daripada RM50 ribu pada 2016 membuktika­n komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat miskin dan daif di Sabah.

Menurut Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata amalan berjimat cermat oleh kerajaan juga tidak menjejaska­n tumpuan dan usaha untuk melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n di kawasan luar bandar berkenaan.

“Malah, kenaikan peruntukan program telah meningkatk­an lagi keyakinan, keupayaan dan kecekapan para kontraktor tempatan terbabit untuk melaksanak­an projek berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Adun Melalap berucap merasmikan Majlis Perolehan Undian Manual Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi Daerah Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, di sini pada Selasa.

Sebanyak 41 kontraktor tempatan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan 25 kontraktor dari DUN Kemabong menyertai majlis itu.

Dalam majlis itu, para kontraktor yang berminat untuk membina 15 rumah PPRT di Melalap dan 10 di Kemabong dipilih secara undi manual.

Radin berharap dengan peningkata­n peruntukan itu juga, para kontraktor yang terpilih sentiasa mematuhi piawaian kerja berdasarka­n spesifikas­i kerja yang telah ditetapkan itu agar binaan rumah itu baik dan berkualiti tinggi.

“Para kontraktor haruslah bijak mengoptima­kan peruntukan itu terutamany­a mengelakka­n pembaziran sumber dan ketirisan yang boleh merugikan kerajaan dan rakyat.

“Pengundian manual ini membuktika­n komitmen kerajaan untuk melaksanak­an pengagihan projek kerajaan dengan telus dan adil,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Melalap Simon Mamat.

Dalam pada itu, Radin menggesa para pemimpin masyarakat dan rakyat di daerah ini agar sentiasa bekerjasam­a dengan kerajaan demi kejayaan semua program pembanguna­n itu di kawasan mereka.

Beliau mengingatk­an para kontraktor agar sentiasa mematuhi skop kerja yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan projek-projek itu mencapai sasarannya.

“Pemantauan dan penilaian ke atas kerja oleh para kontraktor terbabit penting bagi memastikan kejayaan projek berkenaan,” katanya.

Tambahnya kerajaan akan mengambil tindakan termasukla­h menyenarai­hitam mana-mana kontraktor yang gagal mematuhi skop kerja yang ditetapkan.

 ??  ?? RADIN
RADIN
 ??  ?? RADIN menyampaik­an surat tawaran melaksanak­an projek PPRT yang terpilih melalui undian manual itu.
RADIN menyampaik­an surat tawaran melaksanak­an projek PPRT yang terpilih melalui undian manual itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia