Utusan Borneo (Sabah)

INDIVIDU KELAPAN DITAHAN SPRM

Adik presiden Warisan disambung reman

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan berumur 33 tahun menjadi individu kelapan yang ditahan reman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan reman berkenaan dibenarkan oleh Majistret Afiq Agoes di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad.

Beliau ditahan reman selama lima hari bermula Ahad bagi membantu siasatan penyelewen­gan dana awam berjumlah RM1.5 bilion untuk projek pembanguna­n luar bandar Sabah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan kes berkenaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rustam Sanip manakala ahli perniagaan terbabit diwakili peguam Ariel Dasan bagi pihak P.J Pereira.

Beliau sebelum ini ditahan di pejabat SPRM di sini selepas hadir memberikan keterangan pada petang Sabtu.

Ahli perniagaan berkenaan turut mempunyai hubungan kekeluarga­an dengan individu ketujuh yang ditahan SPRM yang juga adik kepada presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).

Selepas tamat prosiding di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad, adik kepada presiden Parti Warisan itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta kerana masalah kesihatan.

Terdahulu, Majistret Afiq membenarka­n permohonan lanjutan reman SPRM terhadap individu ketujuh itu selama lima hari sehingga Jumaat.

Beliau yang diwakili lima barisan peguam diketuai oleh Martin Tommy ditahan pada 10 Oktober lepas dan reman asal beliau sepatutnya tamat pada Ahad.

 ??  ?? AHLI perniagaan yang juga individu kelapan ditahan reman SPRM diiring keluar dari Mahkamah Majistret.
AHLI perniagaan yang juga individu kelapan ditahan reman SPRM diiring keluar dari Mahkamah Majistret.
 ??  ?? ADIK kepada presiden Parti Warisan Sabah (tengah) dipeluk ahli keluargany­a sebaik tiba di mahkamah.
ADIK kepada presiden Parti Warisan Sabah (tengah) dipeluk ahli keluargany­a sebaik tiba di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia