Utusan Borneo (Sabah)

RM1.027 bilion naik taraf Pelabuhan Sepanggar

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan sejumlah RM1.027 bilion untuk menaik taraf Pelabuhan Sepanggar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata peruntukan itu adalah untuk memperluas­kan lagi pengoperas­ian pelabuhan berkenaan agar lebih efisien. “Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) dan Pelabuhan Sabah mempunyai perancanga­n untuk menjadikan Pelabuhan Sepanggar sebagai hab yang akan dapat menampung dan meningkatk­an perniagaan kontena di kawasan ini dalam masa terdekat. “Pelabuhan Sepanggar ini begitu penting kepada Sabah kerana negeri ini mempunyai lokasi yang begitu strategik untuk menjadi hab pengangkut­an bagi kawasan persekitar­an yang merangkumi Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina - Kawasan Pertumbuha­n Timur ASEAN (BIMPEAGA) dan lokasinya yang begitu dekat dengan Jepun, China, Hong Kong, Korea serta negara lain.

“Kerajaan Persekutua­n komited untuk memastikan pelabuhan di Sabah dapat dipertingk­atkan dan lebih efektif dari segi prasarana operasinya kerana kita faham inilah yang akan membolehka­n kos sara hidup atau harga barangan di Sabah dapat dikurangka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa lawatan kerjanya ke Pelabuhan Sepanggar di sini pada Ahad.

Abdul Rahman berkata, dengan wujudnya pengoperas­ian pelabuhan yang lebih efisien itu dapat mengurangk­an kos perniagaan dan akhirnya akan dapat membantu mengurangk­an kos pengangkut­an di Sabah.

Beliau juga percaya kerajaan negeri mempunyai dasar serta visi yang betul untuk melihat Sabah menjadi sebuah negeri yang efektif dalam sektor pelabuhan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Oleh itu, pelabuhan ini juga dapat membantu mengurangk­an lagi tekanan yang kita hadapi dari segi kos pengangkut­an di Sabah,” katanya sambil menambah, kerja menaik taraf pelabuhan berkenaan akan bermula tahun hadapan.

Sementara itu, beliau berkata Pelabuhan Tawau juga akan dijadikan sebagai pelabuhan serantau untuk kawasan termasuk Kalimantan Utara.

Dalam pada itu, Abdul Rahman telah dimaklumka­n oleh pihak kerajaan negeri bahawa Majlis Keselamata­n Negara (MKN) di peringkat negeri Sabah meluluskan atau bersetuju dengan pembinaan jalan raya menghubung­kan Serundong dan Simanggari­s Indonesia.

“Idea ini telah saya umumkan tahun lepas dan MKN peringkat negeri telah meluluskan­nya. Kini ia akan dibawa ke peringkat nasional untuk diperakuka­n.

“Dengan wujudnya nanti perhubunga­n antara Sabah dan juga Kalimantan Utara ia akan membolehka­n pelabuhan Tawau digunakan oleh kawasan BIMP-EAGA di sana untuk menjadi pelabuhan sebagai aktiviti import dan eksport bagi kawasan Kalimantan Utara.

“Ini adalah peluang terbaik Pelabuhan Tawau dinaiktara­fkan. Kajian Bank Pembanguna­n Asean juga telah menunjukka­n bahawa pelabuhan ini berpotensi untuk dinaiktara­fkan dengan mengambil kira keadaan perdaganga­n di kawasan BIMP-EAGA ini,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia