Utusan Borneo (Sabah)

Sambut ulang tahun ke-100 bangunan STB pada Mac tahun depan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) akan menyambut ulang tahun ke-100 kewujudan bangunanny­a pada Mac tahun depan.

Pengerusin­ya Datuk Joniston Bangkuai berkata, sambutan itu perlu bagi memperinga­ti dan menghargai bangunan STB yang mempunyai struktur rekabentuk bersejarah dan terkenal di bandaraya ini.

“Kami warga STB amat beruntung kerana mempunyai bangunan yang berciri unik seperti ini selain terletak 0 kilometer (KM) di pusat bandaraya.

“Sudah semestinya peristiwa bersejarah ini amat ditunggu-tunggu oleh semua,” katanya pada majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang Pertanding­an Lakaran Bangunan STB, di sini pada Ahad.

Seramai 25 daripada 36 peserta terdiri pelajar dan pelukis berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir untuk merebut johan Pertanding­an Lakaran Bangunan STB.

Jelas Joniston, pertanding­an yang berlangsun­g sejak 7 Oktober itu adalah salah satu aktiviti meraikan sambutan ulang tahun bangunan STB selain menyambut Festival Arkitek Borneo tahun ini.

Josrie Haral dinobatkan sebagai johan dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000, manakala Chong Jun Hao di tempat kedua dengan RM800 dan Mastini Asap ketiga dengan wang tunai RM500.

Lakaran pemenang tempat pertama turut diberi peluang untuk dipaparkan padasetem korporat oleh Pos Malaysia selain dipamerkan di lobi bangunan STB bersama dua pemenang teratas selama sebulan.

Hadiah saguhati turut diberikan kepada lima peserta lain yang mana masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM100.

Pertanding­an berkenaan adalah anjuran bersama antara STB dan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Sabah Chapter.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi PAM Sabah Chapter Ar Arnold Kwan.

 ??  ?? PESERTA merakam gambar kenangan bersama Joniston (belakang, lima kiri) dan tetamu kehormat lain pada majlis penyampaia­n hadiah itu.
PESERTA merakam gambar kenangan bersama Joniston (belakang, lima kiri) dan tetamu kehormat lain pada majlis penyampaia­n hadiah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia