Utusan Borneo (Sabah)

Prevalens diabetes meningkat, perlu saringan awal kesihatan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Prevalens diabetes di Malaysia telah meningkat dalam masa lima tahun iaitu 11.6 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada 2011 dalam kalangan penduduk negara ini yang berumur 18 tahun ke atas.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata, penyumbang utama dalam peningkata­n itu berikutan penduduk negara ini yang tidak mengetahui status tahap gula masing-masing.

Berikutan itu, beliau berkata saringan kesihatan di peringkat awal amat penting dilakukan terutama dalam kalangan mereka yang mempunyai faktor risiko termasuk obesiti, merokok, gaya hidup tidak aktif serta pemakanan yang tidak sihat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Kem Diabetes 2017 sempena Hari Diabetes Sedunia Peringkat Daerah Sandakan di Klinik Kesihatan Sandakan, di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, penyakit kronik tidak berjangkit seperti diabetes, jantung dan darah tinggi boleh dicegah dan dikawal menerusi saringan kesihatan peringkat awal bagi mengesan tanda-tanda penyakit kronik supaya dapat dikawal dan mengelakka­n daripada komplikasi penyakit yang lebih teruk.

Beliau juga berkongsi tujuh langkah yang boleh dilakukan ke arah menjalani kehidupan yang sihat sepanjang hayat.

Ia termasuk menjadikan rumah sebagai kawasan larangan merokok; menjalani gaya hidup yang aktif; mengetahui keperluan kalori harian; mengetahui dan mengekalka­n BMI; mengetahui sejarah kesihatan keluarga; menjalani ujian saringan kesihatan setiap tahun serta menangani stress dengan bijak.

Untuk rekod, Hari Diabetes Sedunia disambut pada setiap 14 November, bagaimanap­un daerah Sandakan menyambutn­ya pada 14 Oktober 2017.

Bertemakan ‘Wanita dan Diabetes’, sambutan bertujuan meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai ancaman dan risiko penyakit diabetes ataupun kencing manis dan kepentinga­n menjalani amalan gaya hidup sihat.

 ??  ?? DR JOHARI (dua kiri) memalu gong sebagai simbolik perasmian Kem Diabetes 2017 di Klinik Kesihatan Sandakan.
DR JOHARI (dua kiri) memalu gong sebagai simbolik perasmian Kem Diabetes 2017 di Klinik Kesihatan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia