Utusan Borneo (Sabah)

Jalani pemeriksaa­n payudara

Khususnya wanita kumpulan umur 40-59 tahun

-

TAWAU: Golongan wanita perlu menjaga kesihatan dan kerap melakukan pemeriksaa­n payudara dan mendapatka­n rawatan susulan di hospital.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata kanser payudara tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit itu merupakan pembunuh utama wanita dengan risiko lima kali ganda kepada wanita yang mempunyai sejarah iaitu ibu atau adik beradik perempuan sebagai penghidap kanser payudara.

Beliau berkata golongan paling tinggi berisiko menghidap penyakit itu adalah kumpulan umur 40 hingga 59 tahun.

Katanya sikap tidak ambil tahu dan pengetahua­n yang cetek mengenai kanser menjadi punca kepada peningkata­n kadar kematian dalam kalangan wanita di negara ini.

“Mengikut laporan Pendaftara­n Kanser Kebangsaan, ramai pesakit datang lambat ke hospital bagi mendapatka­n rawatan iaitu 42 peratus pesakit telah berada pada tahap tiga dan empat, dan dilaporkan 32 peratus daripada semua jenis kanser telah dikesan dalam kalangan wanita negara ini yang berusia 45 tahun dan ke atas.

“Kanser menjadi punca utama kematian dan kecacatan yang memberi kesan kepada lebih 14 juta orang setiap tahun. Statistik daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia menunjukka­n kira-kira 100 ribu rakyat menderita kerana kanser. Sehubungan itu, diagnosis awal bukan sahaja akan meningkatk­an peluang untuk rawatan yang berjaya tetapi juga menghindar­kan kos rawatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pinktober Run 2017 for Breast Cancer Awareness di Padang Perbandara­n Tawau, pagi Ahad.

Hadir sama ialah Pengerusi Tawau Kinabalu Pink Ribbon Christy Salazar dan Jawatankua­sa Tawau Kinabalu Pink Ribbon.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berharap berharap setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu Kementeria­n Kesihatan dengan menganjurk­an kempen kesedaran mencegah kanser payudara.

Katanya komuniti merupakan peringkat akar umbi yang perlu diberi pendedahan maklumat dan perkhidmat­an kesihatan yang lebih baik

“Selain kanser payudara, penyakit lain seperti diabetis, jantung dan strok adalah berkait rapat dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat dan boleh membawa kepincanga­n serta menjadi beban kepada pesakit, ahli keluarga dan kepada masyarakat secara keseluruha­nnya.

“Kelima-lima komponen kempen yang saya jelaskan tadi adalah sangat penting untuk difahami. Saya menyeru supaya para hadirin menjalani pemeriksaa­n kesihatan,” katanya.

“Selain kanser payudara, penyakit lain seperti diabetis, jantung dan strok adalah berkait rapat dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat dan boleh membawa kepincanga­n serta menjadi beban kepada pesakit, ahli keluarga dan kepada keseluruha­nnya.” masyarakat secara DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA merasmikan Pinktober Run 2017 for Breast Cancer Awareness.
HAMISA merasmikan Pinktober Run 2017 for Breast Cancer Awareness.
 ??  ?? HAMISA menerima cenderahat­i daripada Christy selepas merasmikan larian itu.
HAMISA menerima cenderahat­i daripada Christy selepas merasmikan larian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia