Utusan Borneo (Sabah)

Mah lawat Sepilok fahami usaha pemulihara­an Orang Utan

-

SANDAKAN: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong semalam melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (SORC) yang terkenal di dunia untuk lebih memahami cabaran pemulihara­an spesies hidupan liar seperti gajah pygmy Borneo dan orang utan.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri hari ini, lawatan itu bagi membolehka­n menteri mendapat pengalaman aktiviti Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) yang dikendalik­an Jabatan Hidupan Liar Sabah dan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

“Dalam kebanyakan perbincang­an beliau (Mah) dengan kementeria­n berkaitan di Eropah dan tempat lain, topik pemulihara­an orang utan di Malaysia telah disuarakan dan industri minyak kelapa sawit disasarkan sebagai aktiviti yang membawa kepada kepupusan spesies ikonik ini.

“Selepas taklimat oleh pengarah (Jabatan Hidupan Liar Sabah) dan pakar pemulihara­an lain di Jabatan Hidupan Liar Sabah di SORC, Mah menyaksika­n pelbagai usaha yang ada bagi memastikan kelangsung­an hidup jangka panjang kebanyakan spesies ikonik di Sabah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ketika lawatan berkenaan, Mah juga dimaklumka­n bahawa banyak usaha telah dilakukan kerana mendapat pembiayaan menerusi Dana Pemulihara­an Hidupan Liar Minyak Sawit Malaysia (MPOWCF).

Beliau turut diberitahu bahawa populasi orang utan di Sabah kini stabil dan mengekalka­n populasi hampir 12,000 ekor, jauh daripada dakwaan yang dinyatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) barat bahawa populasi orang utan sepatutnya pupus pada 2015 berikutan penanaman kelapa sawit.

Jumlah orang utan yang dihantar ke SORC untuk pemulihara­an hari ini juga menurun sedikit, kata kenyataan itu.

“Beliau memuji usaha pemulihara­an hidupan liar yang proaktif di Sabah di bawah kepimpinan Menteri (Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Mah mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada Masidi kerana menyokong kerjasama bermakna menerusi usaha pemulihara­an yang dibiayai industri minyak kelapa sawit oleh MPOC yang membawa kepada penubuhan WRU yang aktif,” kata kenyataan itu.

Mah juga mahu usaha pemulihara­an diteruskan, malah ia bersesuaia­n untuk industri minyak kelapa sawit bagi menunjukka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang lebih besar dengan memberikan sumbangan terhadap pemulihara­an hidupan liar di Malaysia.

“Secara keseluruha­n, Mah berpuas hati dapat melihat usaha pemulihara­an sedia ada antara pihak berkuasa negeri Sabah dan agensinya, menerusi MPOC terutamany­a,” menurut kenyataan itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia