Utusan Borneo (Sabah)

Kukuh hubungan dan interaksi

Kerajaan negeri sokong penubuhan Konsulat Kehormat Republik Czech

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyokong sepenuhnya penubuhan Konsulat Kehormat Republik Czech di sini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata dengan adanya Konsulat Kehormat Republik Czech, ia mampu mengukuhka­n hubungan dan interaksi antara Czech dan Sabah melalui kemajuan yang dikecapi.

“Penubuhan Konsulat Kehormat Czech di sini tepat pada masanya kerana ia akan mengukuhka­n hubungan dan interaksi antara satu sama lain.

“Mengenai sektor ekonomi dan perniagaan, Sabah telah mengalami perkembang­an yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Kami juga melihat peningkata­n kedatangan pelancong asing, aktiviti ekonomi dan perniagaan yang kukuh terutamany­a dalam bidang pembanguna­n infrastruk­tur, pemprosesa­n hiliran minyak sawit, tenaga boleh diperbahar­ui dan teknologi hijau yang terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Konsulat Kehormat Republik Czech di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Musa berkata Republik Czech mempun yaikekuata­n dalam bidang teknologi hijau, sumber tenaga alternatif, pengurusan air dan sisa serta teknologi canggih untuk pertaniand­an pemprosesa­n makanan.

“Ini semua berkaitan hala tuju Sabah dalam sektor berkenaan dan kita boleh meneroka kemungkina­n kerjasama antara syarikat Czech dan Sabah di sektorsekt­or ini.

“Penubuhan Konsulat Kehormat Republik Czech akan memudah dan meningkatk­an usaha kita.

“Selain itu, saya yakin dengan adanya Konsulat Kehormat Republik Czech di Sabah akan wujud lebih banyak peluang untuk pertukaran budaya dan memupuk persefaham­an yang lebih baik antara rakyat kita,” katanya.

Tambahnya, usaha itu juga mampu menyumbang kepada keamanan dunia dan persefaham­an antarabang­sa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perhubunga­n Luar Republik Czech Martin Tlapa berkata Sabah dilihat sebagai rakan kongsi yang perspektif untuk Republik Czech.

“Sabah sebuah negeri yang membangun dengan cepat, menjalanka­n pelaburan dengan bantuan kerajaan Persekutua­n ke dalam pembanguna­n infrastruk­tur, mempelbaga­ikan ekonominya industri berasaskan teknologi dan kerjasama serantau.

“Kami adalah negara perindustr­ian, ekonomi maju dan pelbagai, ahli Kesatuan Eropah, industri pembuatan sehinggala­h projek tenaga boleh diperbahar­ui dan sebagainya yang boleh menjadi kepentinga­n kepada rakan kongsi kami di sini.

“Dengan adanya Konsulat Kehormat Republik Czech di Sabah, kita dapat memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan hubungan perniagaan untuk kepentinga­n kedua-dua pihak dengan sokongan Kedutaan Republik Czech di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Konsulat Kehormat Republik Czech di Sabah Ir Vincent Tan Heng Kui berkata selain daripada tugas membantu warga Czech yang kini ramai melancong ke Sabah, beliau berhasrat menumpukan dua perkara utama ketika menjalanka­n tugasnya.

“Pertama adalah mengenal pasti teknologi dan aktiviti perniagaan yang mempunyai persamaan antara Republik Czech dan Sabah untuk menggalakk­an kerjasama antara syarikat di kedua-dua pihak.

“Saya percaya ini akhirnya akan membawa kepada hubungan perniagaan yang lebih dekat untuk kebaikan bersama dari kedua-dua pihak. “Seterusnya, menggalakk­an pertukaran aktiviti kebudayaan yang mana akan membawa kepada hubungan yang lebih dekat, kesefahama­n antarabang­sa yang lebih baik dan peningkata­n dalam industri pelanconga­n,” katanya.

Jelasnya, Republik Czech mempunyai banyak teknologi maju dan aktiviti perniagaan yang boleh digunakan bagi aktiviti-aktiviti syarikat di Sabah.

Beliau percaya syarikat-syarikat Sabah juga boleh menjadikan Republik Czech sebagai pintu masuk ke pasaran luas Kesatuan Eropah.

 ??  ?? RAYMOND (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Vincent (dua kanan).
RAYMOND (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Vincent (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia