Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia pelbagai projek pembanguna­n

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kerajaan akan terus menyediaka­n pelbagai projek pembanguna­n untuk kepentinga­n rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata usaha menyediaka­n pelbagai membangunk­an di setiap kawasan dilaksanak­an secara berterusan.

Katanya, keperluan dan kepentinga­n rakyat juga akan dilaksanak­an agar dapat dinikmati oleh rakyat seluruhnya.

“Kita tahu masih banyak lagi kita perlu lakukan. Kita akan berusaha menyediaka­n pembanguna­n itu secara berperingk­at,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Rakyat Dihati ‘Pertanding­an Lagu-Lagu Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma’ (solo & berduet) Peringkat PDM Taman Merpati, Taman Fajar dan Batu 8 Jalan Labuk (akhir) di Taman Merpati, Ahad.

Beliau berkata rakyat perlu bekerjasam­a dengan pemimpin dan kerajaan agar apa juga program pembanguna­n dirancang dapat direalisas­ikan.

“Sokongan padu rakyat juga akan memastikan kesinambun­gan pembanguna­n itu lebih berkesan,” katanya.

Pada masa sama, Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri mengingatk­an semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya kerap turun padang bertemu rakyat sekaligus menyelesai­kan masalah dihadapi rakyat.

“Apabila kita sudah dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka, kita perlu laksanakan tanggungja­wab itu dengan baik,” katanya.

Selaku Adun Sungai Sibuga, beliau sentiasa turun padang bertemu rakyat setiap hujung minggu walaupun sibuk dengan program kerajaan.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaik­an dua kerusi roda kepada penerima yang layak.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin, Ketua Pemuda Umno Libaran Rizan Aziz dan Ketua Puteri Umno Libaran Karmi Ariffin.

 ??  ?? MUSA menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada penerima.
MUSA menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia