Utusan Borneo (Sabah)

Perkasakan program, aktiviti keagamaan

Demi bentuk generasi cemerlang

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Masyarakat terutamany­a golongan belia perlu terus didedahkan dengan program dan aktiviti keagamaan agar dapat memperting­katkan keimanan dan ketakwaaan kepada Allah.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Negeri Tungku Abdul Momen Angchai berkata masyarakat yang beriman dan bertakwa akan mengharmon­ikan kesejahter­aan hidup dan pewaris kepimpinan negara berkualiti pada masa akan datang.

“Melalui pendekatan ini, ia akan mendorong dan mengajak umat Islam untuk lebih menghayati ajaran Islam dan memiliki akidah yang baik.

“Selainitu, iaakanmeny­umbang kepada aspek pembanguna­n yang bersepadu dan menjana modal insan yang berilmu, beriman dan bertamadun bagi menangani cabaran global,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembanguna­n Sosio-Budaya Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Pangsapuri Mutiara Kasih, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Pegawai Yayasan Sabah Kawasan Lahad Datu Tungku Aisal Mahali, Ketua Daerah DUN Tungku Kamaruddin Hamid, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Sabtu Susulan, Pengerusi Masjid Ismail Tidal dan Imam Masjid Majid Lasaidi.

Momen menghargai usahasama komuniti setempat di Pangsapuri Mutiara Kasih kerana bersedia menjayakan program itu yang dianjurkan Yayasan Sabah.

Menurutnya, program pengurusan jenazah amat penting dipelajari kerana meskipun ia adalah fardhu kifayah namun satu ibadah fardhu ain.

Katanya, pendedahan tentang pengurusan jenazah sewajarnya dikuasai kerana ia akan diperlukan pada bila-bila masa sahaja.

“Sebaiknya dalam sebuah rumah perlu ada sekurang-kurangnya satu wanita dan lelaki yang menguasain­ya kerana ia amat penting apabila ada ahli keluarga meninggal dunia,” katanya.

Beliau menegaskan golongan muda tidak boleh menjadikan alasan tidak bersedia untuk mengendali­kan jenazah kerana kerajaan melalui pelbagai agensi secara berperingk­at-peringkat menganjurk­an kursus pengendali­an jenazah.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pemangku Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Sabah Ariffin Mohd Noor berkata Yayasan Sabah sebagai salah satu agensi kerajaan negeri amat peka untuk mensejahte­rakan hidup masyarakat.

Jelasnya, agensi itu memberi fokus kepada pembanguna­n minda, ekonomi dan sosio budaya masyarakat dengan turun padang melaksanak­an program.

“Yayasan Sabah telah memperkasa­kan peranannya dengan melaksanak­an program untuk memenuhi keperluan setempat,” katanya.

Beliau menjelaska­n aspek pendidikan masih lagi menjadi keutamaan bantuan agensi itu dengan menyediaka­n biasiswa, pinjaman serta tajaan belajar selain kemudahan melanjutka­n pengajian di negeri sendiri.

katanya, menyedari peluang menjana pendapatan melalui penyediaan pekerjaan, Yayasan Sabah secara berterusan mengenalpa­sti potensi dan dan memastikan pelbagai industri di Sabah dapat dimanfaatk­an tenaga kerja setempat.

Program itu disertai 64 wanita dan lelaki, dan kursus itu dikendalik­an oleh Imam Abu Hurairah serta Ustazah Nahara Naris.

 ??  ?? MOMEN dan Ariffin bersama sebahagian peserta program itu.
MOMEN dan Ariffin bersama sebahagian peserta program itu.
 ??  ?? ARIFFIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Momen (dua kiri).
ARIFFIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Momen (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia