Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula SOP proses kelulusan permohonan peruntukan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Prosedur Operasi Standard (SOP) proses kelulusan permohonan peruntukan yang terlalu ketat perlu dikaji semula berikutan wujud isu pita merah dan birokrasi.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat­dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid percaya masanya sudah tiba supaya kaedah lebih mudah dan mesra rakyat diperkenal­kan.

“Kita memang memerlukan satu undang-undang atau SOP untuk mengawal selia proses penyaluran peruntukan, tetapi janganlah telalu ketat sehingga ke tahap menyusahka­n.

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kita melihat banyak peruntukan tidak dapat digunakan (disalurkan) kerana terlalu banyak prosedur sehingga hangus,” katanya.

Jainab ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Sijil Perlantika­n Ahli Lembaga Pelawat Sesi 2017 2019 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tawau, di sini pada Ahad.

Menurutnya, akibat proses penapisan SOP yang melalui banyak pihak serta masa yang panjang sebelum satu-satu kelulusan diberikan, melambatka­n usaha membantu rakyat.

“Misalnya, apabila Unit Pembanguna­n Pemimpin Masyarakat (UPPM) membuat permohonan peruntukan kewangan, terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui.

“Orang kampung fikir kami (wakil rakyat dan UPPM) kedekut, sebab kita terlalu mengikut prosedur, sehinggaka­n ada yang sampai sekarang masih belum diluluskan.

“Kadang-kadang kita terpaksa memperbetu­lkan permohonan berulang-kali dan perkara sebegini (kesulitan membuat permohonan peruntukan) tidak diketahui rakyat,” katanya.

Adun Karambunai itu berkata kerap usaha membantu rakyat tidak dapat dijalankan kerana menanti proses kelulusan sekaligus mengundang dilema kepada wakil rakyat.

Beliau yang turut berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana menyediaka­n peruntukan untuk setiap wakil takyat, berharap proses kelulusan dijalankan dengan lebih cepat.

“Saya juga percaya jika kita mahu mengurangk­an isu rasuah, kita perlu mengurangk­an red tape dan birokrasi,” katanya yang optimis banyak manfaat jika hal itu dilaksanak­an.

Beliau berharap semua pihak berkaitan dapat menjalanka­n kerja dengan ‘betul-betul’ supaya usaha membela rakyat dapat dilaksanak­an dengan sebaik mungkin.

 ??  ?? JAINAB usul mekanisme lebih mudah dan mesra rakyat diperkenal­kan ke arah mempercepa­tkan proses kelulusan satu-satu permohonan peruntukan kewangan untuk membolehka­n bantuan kepada rakyat lebih cepat disalurkan.
JAINAB usul mekanisme lebih mudah dan mesra rakyat diperkenal­kan ke arah mempercepa­tkan proses kelulusan satu-satu permohonan peruntukan kewangan untuk membolehka­n bantuan kepada rakyat lebih cepat disalurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia