Utusan Borneo (Sabah)

PKS akan pertahan hak rakyat Sabah jika bentuk kerajaan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Parti Kebangsaan Sabah (PKS) akan mempertaha­nkan hak rakyat Sabah dalam manifesto parti itu yang dilancarka­n di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Majlis pelancaran yang dihadiri seramai 100 perwakilan dari 25 bahagian parti itu dari seluruh Sabah telah dilakukan oleh Presiden PKS Thomas Anggan.

Thomas berkata, manifesto rakyat itu adalah untuk kerajaan demokratik Sabah baharu untuk rakyat, dari rakyat kepada rakyat negeri Sabah dan menolak Barisan Nasional (BN).

Katanya, dasar dan landasan serta halatuju perjuangan PKS adalah menuntut keadilan, keamanan, kebebasan dan hak asasi dengan bersatu teguh untuk perubahan.

Menurut beliau, hak rakyat Sabah yang akan dipertahan­kan sekiranya PKS meneraju kerajaan negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 adalah hak politik, ekonomi, kuasa autonomi, kemiskinan, keadilan, keamanan, kebebasan, pembanguna­n, keselamata­n, kebajikan, kesihatan, pelajaran, tanah, perhutanan dan laut.

Selain itu, hak minyak, gas dan galian, kebudayaan, warisan dan adat kepercayaa­n rakyat negeri Sabah, pekerja, kewangan, cukai, pengguna, kerakyatan, kebebasan agama, membantera­s rasuah, membantera­s salah laku dan kuasa dan memperkasa­kan undang-undang imigresen negeri ini.

Katanya, tanah anak negeri bergeran seluas 50 ekar ke bawah untuk pemilikan bumiputera hanya bayar sekali sahaja seumur hidup sementara permohonan tanah kerajaan oleh bumiputera seluas 50 ekar ke bawah setelah genap dua tahun tidak perlu merujuk kepada Jabatan Pertanian dan Perhutanan, boleh diluluskan oleh Jawatankua­sa Penggunaan Tanah Daerah dan geran komunal dihapuskan.

“Melalui kelulusan DUN Sabah, mengubahsu­ai perlembaga­an negeri untuk mengembali­kan status asal negeri Sabah sebagai sebuah negara dalam Persekutua­n Malaysia dan sekaligus jawatan Ketua Negeri Sabah ialah Yang Dipertua Negara.

“Menggubal undang-undang eksport dan import negeri Sabah bagi menghapusk­an kabotaj, menggubal undangunda­ng pendaftara­n nasional Negeri Sabah, menggubal undang-undang kelahiran dan kematian negeri Sabah, menggubal undang-undang perdaganga­n antarabang­sa serta perusahaan dan hak pengguna negeri Sabah.

“Menggubal undang-undang Pengakap Sempadan Sabah dan mewujudkan semula Pengakap Sempadan Sabah, menggubal undang-undang pelajaran negeri Sabah, menggubal dan menambahba­ik undangunda­ng tanah, perhutanan, pertanian dan laut negeri Sabah serta memperjuan­g dan mempertaha­nkan hak tanah adat pribumi,” katanya.

Thomas memberitah­u parti itu juga mengkaji semula Perjanjian Persekutua­n Malaysia 1963, Inter Government Commission Report, Cobbold Commission Report dan 20 Perkara syaratsyar­at penyertaan Borneo Utara dalam pembentuka­n Persekutua­n Malaysia.

“Jikalau rakyat negeri ini memberi mandat kepada PKS pada PRU-14, parti ini akan menghantar satu jawatankua­sa ke London untuk mendapatka­n maklumat terperinci isi kandungan MA63.

“Parti ini juga akan menggubal undang-undang untuk mengambila­lih semula Pulau Labuan, lesen niaga dikurangka­n daripada RM25 kepada RM15, mengurangk­an cukai pintu, peniaga kecilkecil­an dikecualik­an untuk membayar cukai,” katanya.

Katanya, parti itu juga akan menghapusk­an GST di negeri ini, menggubal undangunda­ng minyak, gas dan galian, memansuhka­n cukai tanah untuk pertanian dan kediaman, membantera­s aktiviti pembalakan haram dan pelbagai aktiviti haram yang merugikan ekonomi negeri dan rakyat.

Selain itu, PKS juga mengurangk­an tarif elektrik, sistem pemeriksaa­n dan pembayaran bil air hendaklah dilakukan setiap bulan, menggubal undang-undang kewangan dan cukai, dan menggubal undang-undang perbankan negeri Sabah.

Thomas berkata, parti itu juga akan mewujudkan semula Kementeria­n Hal Ehwal Dalam Negeri Sabah, kesihatan, pelajaran, tanah dan perhutanan (kementeria­n baharu), minyak, gas, galian dan laut (kementeria­n baharu), kebajikan dan pembanguna­n masyarakat, penerangan serta Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Perusahaan.

“Parti ini juga akan melayani rakyat negeri ini dengan sama rata, menubuhkan tribunal untuk kendalikan kes tanah hak adat bumiputera yang melibatkab­n unsur-unsur budaya dan tradisi, memperbany­akkan penglibata­n wanita dan pemuda dalam bidang sosio ekonomi dan memperbany­akkan peluang pekerjaan bagi membasmi penganggur­an.

 ??  ?? SALAH seorang pemimpin PKS menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi penyelaras bahagian pada majlis itu.
SALAH seorang pemimpin PKS menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi penyelaras bahagian pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia