Utusan Borneo (Sabah)

31 PDM Umno Silam siapsiaga hadapi PRU-14

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Setiusaha Umno Bahagian Silam Ir Rajesh Yusuf berkata 31 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bersiapsia­ga memperleng­kapkan bilik gerakan dan jentera masingmasi­ng.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan pacuan terakhir menjelangn­ya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dapat dilaksanak­an dengan baik dan teratur.

Katanya, Silam yang mempunyai lebih kurang 51,600 ahli Umno dengan 446 cawangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak, Lahad Datu dan Tungku dapat dimanfaatk­an demi mempertaha­nkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mencapai kemenangan pada PRU-14.

“Sehingga hari ini, sebanyak 16 PDM telah dilawat dan didapati persiapan yang dilakukan sangat baik malah ada PDM yang telah melengkapk­an jentera PRU-14, Bilik Gerakan PDM dan kemudahan PDM,” katanya.

Rajesh yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Lahad Datu berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan siri lawatan ke PDM DUN Tungku bersama Badan Naziran Politik Umno di PDM Segangan, di sini, petang Sabtu.

Menurut beliau, Umno Bahagian Silam akan meneruskan pemantauan­untuk memastikan kelemahan PDM kerana masih ada kekurangan yang dikenalpas­ti.

Katanya ,selepas pemantauan di 16 PDM itu, lawatan akan diteruskan­di 16PDM lagisecara berperingk­at-peringkat.

“Umno Bahagian Silam akan terus mengadakan lawatan seperti ini untuk memastikan setiap jentera di peringkat PDM telah bersiapsed­ia menghadapi PRU-14 sebagaiman­a hasrat Ketua Bahagian Datuk Mohd Yusof Apdal yang mahukan PDM terus diperkasa peranannya dengan pelbagai program agar sasaran dapat dicapai di peringkat akar umbi,” katanya.

 ??  ?? RAJESH bersama jentera PDM Segangan.
RAJESH bersama jentera PDM Segangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia