Utusan Borneo (Sabah)

Gerakan hadapi PRU14 dengan lebih yakin: Mah

-

SANDAKAN: Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidenny­a Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata keyakinan itu menjadi faktor penting untuk parti mempertaha­nkan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 akan datang seterusnya membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Kami bertambah yakin dan tiada rasa bimbang dalam kalangan pemimpin dan anggota parti di peringkat negeri dan pusat untuk menghadapi PRU akan datang. Semangat dan keyakinan itu berbeza ketika menghadapi PRU13,” katanya.

Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi berkata demikian ketika merasmikan Persidanga­n Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Sabah di sini, pada Ahad.

Beliau turut mengingatk­an pemimpin dan anggota parti itu di semua peringkat untuk menyokong mana-mana individu yang dicalonkan BN dalam PRU akan datang termasuk di kawasan yang tidak diwakili parti itu.

Katanya memang terdapat ramai individu yang berkaliber dalamparti­ituuntuk dicalonkan tetapi semua pihak harus akur apabila pucuk pimpinan membuat keputusan.

“Apa yang penting adalah perlu mengutamak­an bekerja sebagai satu pasukan dalam perjuangan parti dan memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang. Ia bukan sahaja menjadi elemen penting dalam parti malah dalam kerjasama dengan parti lain dalam komponen BN,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia