Utusan Borneo (Sabah)

Puspanita sumbang RM 268,000 kepada HSA

-

JOHOR BAHRU: Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Ahad menerima sumbangan RM268,000 daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam (Puspanita) menerusi program Ziarah Kebajikan Puspanita.

Sumbangan tersebut merangkumi peralatan perubatan dan bukan perubatan kepada Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Anaestesio­logi dan Rawatan Rapi, Unit Rawatan Rapi Kardiotora­sik (CICU) Jabatan Kardiotora­sik dan Wad Timur Tiga.

Cek sumbangan disampaika­n Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa merangkap Penasihat Puspanita kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Rooshaimi Merican A. Rahim Merican. Hadir sama Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Rohani Abdullah.

Berucap pada majlis berkenaan, Ali berkata program Ziarah Kebajikan Puspanita bermula pada 2014 di seluruh negara dengan sumbangan disalurkan kepada kumpulan sasar dikenal pasti atau agensi kerajaan yang menyediaka­n perkhidmat­an kepada rakyat seperti hospital, sekolah serta rumah kebajikan.

Beliau berkata langkah tersebut bertepatan dengan usaha Puspanita untuk ‘merakyatka­n Puspanita’ dengan mendekati anggotanya, komuniti dan masyarakat di peringkat akar umbi.

“Peranan dan tanggungja­wab Puspanita tidak dapat dinafikan malah sentiasa membantu kerajaan dalam menyampaik­an dan menawarkan perkhidmat­an terbaik kepada komuniti dan masyarakat,” katanya dan menambah Puspanita merancang untuk meneruskan program Ziarah Kebajikan Puspanita di Kuala Kangsar, Perak, selepas ini.

Sementara itu, berucap pada majlis program Kesukarela­wanan iM4U Puspanita ‘Belia Aktif, Masyarakat Sejahtera’ di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim di sini pula, Aliberkata ia dapat memupuk semangat perpaduan, pengertian tanggungja­wab sosial serta membina kecerdasan minda melalui aktiviti kebajikan.

Menurutnya aktiviti membina Taman Ilmu yang interaktif, gotongroyo­ng membersihk­an surau di institut tersebut serta menanam pokok pada program yang bermula Jumaat lepas hingga hari ini itu membuktika­n anggota Puspanita sentiasa aktif dan relevan di mana sahaja.

Pada majlis itu, Ali turut menyampaik­an cek sumbangan kebajikan Puspanita berjumlah RM50,000 antaranya kepada IPG Kampus Temenggong Ibrahim berjumlah RM26,000; Rumah Berkat Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (RM2,000), Pusat Jagaan Impian Syimah (RM2,000); 21 anggota Puspanita/keluarga anggota yang menghidap penyakit kronik (RM12,000) serta Puspanita Johor untuk pembanguna­n cawangan tersebut (RM2,000) .

 ?? GambarBERN­AMA ?? KETUA Setiausaha Negara yang juga Penasihat Puspanita Tan Sri Dr Ali Hamsa (tengah) bersama isterinya Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Rohani Abdullah (dua, kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Rooshaimi Merican A Rahim...
GambarBERN­AMA KETUA Setiausaha Negara yang juga Penasihat Puspanita Tan Sri Dr Ali Hamsa (tengah) bersama isterinya Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Rohani Abdullah (dua, kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Rooshaimi Merican A Rahim...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia