Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan terus dekati rakyat walaupun dikritik

-

PARIT: Kerajaan tidak akan berhenti daripada terus mendekati rakyat walaupun dikritik pihak tertentu, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata walaupun pihak pembangkan­g sering mengaitkan program kerajaan sebagai retorik politik, namun ia merupakan pendekatan terbaik untuk menyelesai­kan masalah rakyat

“Ada sekelompok masyarakat tugas dia memang akan cakap apa sahaja yang kerajaan buat tidak betul, sebab tu kita (pemimpin) kena turun padang berjumpa dan berinterks­i dengan rakyat.

“Dalam konteks negeri Perak, kita sudah bertahun lakukan program turun padang melalui program pemukiman atau sebelum ini Klinik Dr Zambry dan program Padang, Perasaan dan Penyelesai­an (PPP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Negaraku@Komuniti peringkat Perak di Bota Kanan di sini, Ahad. Hadir sama pada program itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.

Dalam pada itu, Zambry berkata program seumpamany­a perlu diteruskan bagi membolehka­n rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai kerajaan.

Beliau berkata pihak pembangkan­g sering menyebarka­n berita palsu untuk menakut-nakutkan rakyat antaranya mengatakan Perak negeri kedua termiskin, negara akan muflis tidak lama lagi dan wujudnya pengundi hantu.

“Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia pula mempunyai segala maklumat-maklumat (betul dan tepat) untuk di sampaikan dan dikongsi kepada rakyat,” katanya.-

 ?? GambarBERN­AMA ?? MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (lima, kiri) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (enam, kiri) bergambar bersama para penerima watikah dan anugerah khas Komuniti 1Malaysia selepas majlis perasmian...
GambarBERN­AMA MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (lima, kiri) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (enam, kiri) bergambar bersama para penerima watikah dan anugerah khas Komuniti 1Malaysia selepas majlis perasmian...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia