Utusan Borneo (Sabah)

Sinar Deepavali bagi 10 penerima rumah

Menerusi program Baiti Jannati @Wilayah Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Sambutan Deepavali bagi sepasang suami isteri penghidap sakit jantung yang sebelum ini suram kini ‘kembali bersinar’ apabila mereka sekeluarga dihadiahka­n sebuah kediaman yang selesa.

Perasaan terse but diluahkan oleh S. Perumal, 64, selepas menerima kunci kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini yang diserahkan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi program Baiti Jannati @Wilayah Persekutua­n.

“Sejak menghidap penyakit jantung sejak lapan tahun lalu, saya tidak lagi dapat bekerja dan mulai daripada itu, saya sudah tidak sambut Deepavali kerana rasa tidak semangat kerana pendapatan pun tiada. Sewa rumah pun tidak mampu sampai tertunggak lebih RM4,000.

“Selama ini saya dan keluarga hanya bergantung sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan dan terpaksa minta belas ihsan daripada adik lelaki saya dan saudara mara untuk belikan barang dapur,” katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan kunci rumah, di sini pada Ahad.

S. Perumal adalah antara 10 keluarga daripada komuniti India yang telah menyewa PPR dan Perumahan Awam (PA) sejak 10 tahun lalu dan terdiri daripada golongan miskin bandar terpilih untuk menerima kediaman dan bantuan menerusi program inisiatif Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur .

Tengku Adnan berkata kesemua keluarga yang mendapat kediaman baharu di tujuh PPR Desa Rejang dan tiga PA Seri Pantai itu bukan sahaja mendapat rumah yang telah diubahsuai dan dibaikpuli­h, malah turut disertakan dengan kelengkapa­n perabot dan barangan elektronik seperti peti sejuk serta televisyen.

“Para penerima yang dipilih menepati kriteria utama program ini iaitu miskin bandar yang mempunyai anggota keluarga Orang Kelainan Upaya, berpenyaki­t kronik, suami atau isteri yang telah meninggal dunia dan tanggungan anak yang ramai dan tidak mampu bayar sewa sejak sekian lama.

“Daripada 70,000 penyewa di PPR dan PA, sejumlah 30,000 daripadany­a tidak mampu bayar sewa dan telah dikenal pasti sebagai keluarga daif,” katanya.

Tengku Adnan berkata sehingga awal tahun depan, sebanyak 168 keluarga daripada golongan miskin bandar telah dan akan menerima kediaman percuma itu yang melibatkan dana keseluruha­n hampir RM10 juta.

Katanya program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutua­n yang dimulakan sejak bulan Ramadan lepas itu melibatkan peruntukan dana sepenuhnya daripada Yayasan Wilayah Persekutua­n, syarikat-syarikat swasta dan badan-badan bukan kerajaan.-

“Para penerima yang dipilih menepati kriteria utama program ini iaitu miskin bandar yang mempunyai anggota keluarga Orang Kelainan Upaya, berpenyaki­t kronik, suami atau isteri yang telah meninggal dunia dan tanggungan anak yang ramai dan tidak ” mampu bayar sewa sejak sekian lama.

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR Menteri Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia