Utusan Borneo (Sabah)

Eksesais APMM dan ABF capai matlamat

-

GEORGE TOWN: Siri latihan ‘Eksesais Redback’anjuran Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) akan diteruskan pada masa hadapan dengan penambahba­ikan beberapa modul dan fasa latihan kerana ia memberi kesan yang baik dalam pelaksanaa­n tugas penguatkua­saan di perairan negara terlibat.

Timbalan Ketua Pengarah APMM Datuk Mohd Taha Ibrahim berkata siri latihan itu bersama Australian Border Force (ABF) telah mencapai matlamat kerana berjaya memperkasa­kan daya usaha dan meningkatk­an kesiapsiag­aan anggota serta aset menerusi latihan keduadua negara dalam usaha menjaga perairan.

Beliau berkata proses merancang dan melaksanak­an Eksesais Redback kali kesembilan itu telah mengukuhka­n hubungan antara APMM dan ABF malah ia mampu memberi manfaat besar di masa akan datang terutamany­a menentang ancaman keselamata­n maritim di kedua-dua negara.

“Ketika ini ancaman laut semakin mencabar, kompleks dan silih berganti dengan isu-isu keselamata­n seperti pemerdagan­gan manusia dan penyeludup­an migran, penyeludup­an dadah dan barang kawalan serta aktiviti pelanunan dan keganasan.

“Latihan seperti Eksesais Redback ini adalah satu pentas bagi kami meningkatk­an penyelaras­an antara bidang kuasa yang sedia ada dan menyokong penguatkua­saan rentas sempadan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Eksesais Redback Malaysia dan Australia, di sini pada Ahad.

Turut hadir Komander Kawalan Sempadan Maritim Australia Laksamana Muda Peter Lever.

Mohd Taha berkata pelbagai senario dan kejadian kecemasan seperti teknik menaiki dan menuruni kapal dengan selamat, pencarian mangsa dalam kapal, teknik memadam apidilaut dan teknik mencari serta menyelamat telah disuntik dalam eksesais itu bagi memenuhi objektif serta memperkema­skan kesiapsiag­aan para pegawai dan anggota terlibat semasa berhadapan situasi sebenar.

“Eksesais selama enam hari bermula 9 Okt lepas di Pelabuhan Klang ini melalui tiga fasa latihan iaitu fasa pelabuhan, fasa di laut dan fasa penutup. Seramai 100 pegawai dan anggota dari kedua-dua agensi telah bertukar latihan sama ada teori mahu pun praktikal.

“Seterusnya peserta dibawa menyusur perairan Selat Melaka dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang dengan menaiki KM Marlin dan KM Bagan Datuk sambil diiringi bersama kapal terbesar ABF, Australian Border Force Cutter (ABFC) Ocean Shield, yang pernah digunakan untuk misi pen carian pesaw at MH370 sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata pengalaman yang meluas kru dan kapal ABFC dalam bidang maritim terutama operasi mencari dan menyelamat mangsa memberi peluang kepada APMM untuk memperoleh ilmu dan kemahiran selain berpeluang mengadakan latihan di atas kapal berkenaan.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia