Utusan Borneo (Sabah)

Seni lukisan grafiti platform ekonomi baharu Gen Y

-

KUALA LUMPUR: Seni lukisan grafiti tidak seharusnya dianggap sebagai hanya satu aktiviti ‘undergroun­d’ atau sekadar contengan bersifat vandalisme, sebaliknya perlu diketengah­kan sebagai platform ekonomi baharu yang berpotensi melahirkan golongan usahawan berpendapa­tan lumayan.

Ketua Pengarah Lembaga Pembanguna­n Seni Visual Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata seni lukisan grafiti mempunyai nilai tinggi dan seharusnya dimanfaatk­an oleh golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Beliau berkata beberapa negara maju sudah lama menjadikan­nya sebagai satu cabang pendapatan dalam industri kreatif terutama melibatkan generasi Y atau Gen Y.

“Ramai anak muda di negara ini memiliki minat serta kepakaran dalam bidang seni kreatif, sekiranya bakat dimiliki itu diasah dan digunakan di saluran yang betul ia mampu menjadi satu lubuk rezeki kepada mereka.

“Sebagai contoh, terdapat beberapa pelukis grafiti tempa tan ditawarkan peluang pekerjaan di Dubai dengan dibayar harga lumayan untuk menghasilk­an karya grafiti ‘masterpiec­e’ mereka di beberapa lokasi tumpuan pelancong di kota mewah itu,” katanya kepada Bernama.

Tambahnya, penubuhan Agensi Pembanguna­n Ekonomi Kebudayaan (Cendana) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Sept lepas berserta peruntukan awal sebanyak RM20 juta seharusnya melonjakka­n semangat pemain industri dalam bidang kreatif seperti pelukis grafiti.

“Kita nampak kerajaan serius dalam memperkasa dan mengetenga­hkan bidang ini dan diharap mereka yang berada dalam lapangan berk enaanmeman­faat kannya sebaik mungkin sebagai usahawan.

“Seni grafiti kini bukan lagi sekadar hiasan jalanan, ia seharusnya dijadikan satu kerjaya dalam industri kreatif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia