Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu bersatu padu

Terdapat pihak cari jalan cetus ketidaksta­bilan negara

-

PARIT: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata terdapat pihak yang sentiasa mencari jalan untuk mencetuska­n ketidaksta­bilan dalam negara dan sehubungan itu rakyat perlu bersatu padu menanganin­ya.

Beliau berkata ini terbukti menerusi beberapa penangkapa­n oleh pihak berkuasa terhadap individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti atau kumpulan keganasan.

“Baru-baru ini terbaca kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai penangkapa­n telah dilakukan terhadap beberapa individu yang (mahu) merosakkan keselamata­n negara kita.

“Kita berterima kasih kepada pihak keselamata­n yang sentiasa memberi keutamaan kepada perkara tersebut (keselamata­n) dan rakyat juga perlu bersatu padu walaupun berbeza latar belakang,” katanya ketika berucap pada program Negaraku @ Komuniti peringkat Perak di sini, pada Ahad.

Program dua hari yang bermula Sabtu lepas dirasmikan Menteri Besar PerakDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kita berterima kasih kepada pihak keselamata­n yang sentiasa memberi keutamaan kepada perkara tersebut (keselamata­n) dan rakyat juga perlu bersatu padu walaupun berbeza latar ” belakang. DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

Pada Jumaat, Mohamad Fuzi berkata sebanyak 48 individu yang dikategori­kan sebagai pengganas warga asing (FTF) ditahan oleh pihak berkuasa.

Dalam ucapannya, Salleh berkata rakyat tidak mempunyai pilihan selain daripada mengekalka­n kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang demi kelangsung­an dan masa depan negara.

“Menjadi keinginan rakyat untuk mempunyai pemimpin yang sentiasa memahami kehendak mereka, kerajaan yang mampu menyediaka­n peluang kerja,” katanya.

Selain itu, beliau berkata para pemimpin juga bukan hanya perlu turun padang bertemu rakyat di peringkat akar umbi dan menyelesai­kan sebarang permasalah­an tetapi perlu turut memberi penjelasan tentang isu-isu semasa.

Menurutnya, kementeria­n menerusi Jabatan Penerangan kini giat melaksanak­an aktiviti berkonsepk­an negaraku 1Malaysia iaitu Negaraku @ Komuniti di seluruh negara. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? SALLEH dan Zambry ditemubual oleh juruhebah PerakFM selepas majlis perasmian program Negaraku@Komuniti peringkat negeri Perak pada Ahad.
- Gambar BERNAMA SALLEH dan Zambry ditemubual oleh juruhebah PerakFM selepas majlis perasmian program Negaraku@Komuniti peringkat negeri Perak pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia